Kerajaan Selangor leka punca masalah banjir, bekalan air

Kerajaan Selangor leka punca masalah banjir, bekalan air

Calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Shah Alam, Isham Jalil membidas kerajaan Selangor pimpinan Pakatan Harapan (PH) leka dalam menyelesaikan isu bekalan air, banjir serta rumah mampu milik selepas mentadbir selama tiga penggal.

Beliau berkata, masalah itu berpunca daripada kelekaan kerajaan Selangor dan wakil rakyatnya yang tidak mengendah rungutan rakyat selepas menang besar selama tiga penggal.

“Apabila mereka menang banyak kerusi dan menang besar dengan berpuluh-puluh ribu majoriti, inilah jadinya. Mereka tidak buat kerja, namun tiada pihak yang dapat menyemak imbang kuasa mereka.

“Apabila rakyat marah dan pilihan raya datang, mereka akan lari ke tempat lain dan cuba menang di kawasan baharu dengan hasutan demi hasutan seperti biasa,” katanya menerusi surat terbuka untuk pengundi Shah Alam.

Isham berkata, beliau akan terus berusaha menyelesaikan masalah air yang membelenggu rakyat Selangor sejak sekian lama.

“Saya telah menyuarakan isu ini dengan lantang sehingga saya disaman Syarikat Bekalan Air Selangor. Saya telah lawan saman ini sehingga saya menang di Mahkamah Tinggi.

“Namun masalah air di Selangor ini masih berterusan,” katanya.

Jika dipilih menjadi Ahli Parlimen Shah Alam, Isham berikrar menjadi penyemak imbang kepada kerajaan negeri jika ia kekal diterajui PH.

“Saya pasti apabila ini berlaku, kerajaan PH di Selangor ini akan bangun dari tidur dan kelekaan atau ‘complacency’ dan terpaksa buat kerja untuk rakyat dan mengambil endah aduan rakyat.” katanya. FMT

Kerajaan Selangor leka punca masalah banjir, bekalan air


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Sebak bersendirian di pelamin

SCRUT dedah syarikat yang melibatkan Muhyiddin dan ahli keluarga

Tiket Konsert BLACKPINK Di Malaysia ‘Sold Out’ Dalam Masa 30 Minit

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker