Lelaki belasah wanita dalam rumah, polis buka kertas siasatan

Lelaki belasah wanita dalam rumah, polis buka kertas siasatan

KAJANG – Polis mengesahkan sudah membuka kertas siasatan terhadap video tular lelaki belasah wanita yang ditendang dan diheret badannya dalam sebuah rumah, di kawasan Kajang.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd. Zaid Hassan bekata, pihaknya ada menerima laporan berkenaan kes tersebut.



“Saya boleh sahkan kami terima laporan dan sudah membuka kertas siasatan. Tindakan juga sedang dibuat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu, tular di media sosial sejak semalam satu rakaman video perbuatan lelaki dipercayai suami mendera wanita dalam kejadian yang berlaku di sebuah rumah.

Video berdurasi satu minit tujuh saat itu menyaksikan mangsa diheret dan ditendang di bahagian muka serta badan berkali-kali.

Turut diperlihatkan, kanak-kanak perempuan yang berada di lokasi kejadian juga menangis sambil mengangkat tangan sebagai tanda memohon maaf kepada individu berkenaan. K Online



Lelaki belasah wanita dalam rumah, polis buka kertas siasatan


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Sebak bersendirian di pelamin



SCRUT dedah syarikat yang melibatkan Muhyiddin dan ahli keluarga

Tiket Konsert BLACKPINK Di Malaysia ‘Sold Out’ Dalam Masa 30 Minit



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker