Komitmen BN bangun kawasan luar bandar tidak pernah pudar

#PRU15

Komitmen BN bangun kawasan luar bandar tidak pernah pudar

Membangunkan kawasan luar bandar sentiasa menjadi agenda kerajaan sejak awal penubuhan Malaysia dan tradisi itu diteruskan kerajaan Keluarga Malaysia pimpinan Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob yang mengambil alih pentadbiran pada Ogos 2021.

Pelbagai inisiatif dan usaha telah kerajaan lakukan supaya penduduk luar bandar tidak tersisih daripada arus pembangunan negara sekali gus merapatkan jurang antara kawasan bandar dan luar bandar.

Komitmen kerajaan Keluarga Malaysia itu dapat dilihat melalui Bajet 2023 yang memperuntukkan sebanyak RM2.55 bilion bagi meneruskan penambahbaikan kemudahan infrastruktur di luar bandar di seluruh negara untuk kesejahteraan rakyat.



Profesor Sains Politik Universiti Putra Malaysia (UPM) Prof Dr Jayum Jawan berkata, rancangan dan pembangunan melalui kerajaan Keluarga Malaysia mampu mengangkat negara dan komuniti khasnya di luar bandar untuk turut menikmati arus pembangunan negara.

Sehubungan itu, beliau berpandangan tumpuan kerajaan Persekutuan untuk membangunkan kawasan luar bandar itu perlu diteruskan kerana majoriti penduduk Melayu dan bumiputera adalah penduduk luar bandar.

“Setelah lebih setengah abad, wajah luar bandar sudah banyak berubah menjadi separa luar bandar atau separa bandar, pinggir bandar dan pelbagai lagi jenama. Bagaimanapun, sebilangan besar Melayu dan bumiputera masih merupakan penduduk di luar bandar dan pinggir bandar,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Mengambil contoh projek Lebuhraya Pan Borneo Sarawak, felow Akademi Sains Malaysia itu berkata, lebuh raya tersebut akan menjadi pencetus kepada pemodenan dan perubahan cara serta gaya hidup penduduk luar bandar yang dilalui jalan raya utama itu setelah ia seiap kelak.



Mengulas lanjut, beliau berkata, kegiatan ekonomi kecil-kecilan oleh penduduk luar bandar seperti di Pekan Stapang, Selangau dan Pekan Tatau, Sibu serta pekan-pekan lain di Sarawak kini semakin meningkat kesan daripada pembangunan Pan Borneo Sarawak yang turut melalui kawasan itu.

Katanya, wawasan ‘Luar Bandar Yang Sejahtera, Inklusif, Mampan dan Holistik’ seperti yang dirumuskan dalam Dasar Pembangunan Luar Bandar juga mampu dicapai menjelang 2030 melalui idea yang turut memberi fokus kepada pembangunan sumber pendapatan penduduk kawasan itu.

“Dana RM472 juta yang disediakan bagi projek Bekalan Elektrik Luar Bandar dan RM381 juta bagi projek Bekalan Air Luar Bandar dan Bekalan Air Alternatif dalam Bajet 2023 juga menunjukkan kerajaan tidak hanya fokus kepada satu kaum atau komuniti, malah untuk semua bagi mensejahterakan masyarakat,” katanya.

Sementara itu, Presiden Persatuan Orang Asli Semenanjung Malaysia (POASM) Majid Suhut mengakui kerajaan Keluarga Malaysia sentiasa berusaha membangunkan kawasan luar bandar termasuk penempatan Orang Asli di pinggir bandar dan pedalaman.



Beliau berharap usaha itu dapat dipertingkatkan dengan menyalurkan dana yang mencukupi ke arah merealisasikan impian penempatan Orang Asli di Semenanjung mendapat kemudahan infrastruktur yang lebih baik.

Majid juga berharap pemberian one-off RM1,000 kepada Tok Batin dan penghulu Orang Asli oleh Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada 17 Okt lepas dapat diteruskan pada masa hadapan sebagai menghargai jasa mereka dalam pembangunan dan adat warisan masyarakat Orang Asli.

Kerajaan Keluarga Malaysia pimpinan Ismail Sabri telah beberapa kali mengulangi komitmen dan menjamin untuk terus memperkasakan pembangunan kawasan luar bandar serta penduduknya. FMT

Komitmen BN bangun kawasan luar bandar tidak pernah pudar


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Sebak bersendirian di pelamin

SCRUT dedah syarikat yang melibatkan Muhyiddin dan ahli keluarga

Tiket Konsert BLACKPINK Di Malaysia ‘Sold Out’ Dalam Masa 30 Minit

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
%d bloggers like this:

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker