PAS tiada hasrat bentuk kerajaan dengan Bersatu

#PRU15

PAS tiada hasrat bentuk kerajaan bersama Bersatu selepas PRU15.

Rafizi berkata ini kerana PAS tahu PN – gabungan parti itu bersama Bersatu – tidak akan menang dalam PRU kali ini.

“Pengerusi PN Muhyiddin Yassin kena scam. PAS tidak ada niat pun untuk bentuk kerajaan dengan PN,” katanya kepada kira-kira 700 hadirin dalam ceramah di Kajang, Selangor malam tadi.

Dia membuat kesimpulan itu atas asas PAS menggunakan logo partinya, bukan PN, untuk bertanding di Kelantan, Terengganu dan Kedah.



Calon Parlimen Pandan itu berkata mana-mana gabungan politik yang dibina daripada “pengkhianatan” akhirnya akan berdepan pengkhianatan.

“Muhyiddin ingat PAS bersama (partinya), PAS ini sebenarnya scam Bersatu dalam PN. Bersatu banyak duit, Muhyiddin banyak duit. Cuba tengok bahan kempen PRU, memang Bersatu paling ke depan.

“Bendera besar, semua besar. Tak cukup dengan semua itu, mereka boleh bayar influencer RM20,000 hingga RM50,000,” dakwa Rafizi lagi.

Beberapa hari lalu, Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan tidak menolak kerjasama dengan BN untuk membentuk kerajaan jika PN gagal membentuk kerajaan secara sendiri.



Bagaimanapun kenyataan itu disanggah Muhyiddin yang berkata dia tidak pernah memberi mandat kepada Takiyuddin dalam perkara itu. Mk

PAS tiada hasrat bentuk kerajaan bersama Bersatu selepas PRU15.


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Sebak bersendirian di pelamin

SCRUT dedah syarikat yang melibatkan Muhyiddin dan ahli keluarga

Tiket Konsert BLACKPINK Di Malaysia ‘Sold Out’ Dalam Masa 30 Minit

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
%d bloggers like this:

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker