Konsep Keluarga Malaysia aspirasi penyatuan semua rakyat
#PRU15
Konsep Keluarga Malaysia aspirasi penyatuan semua rakyat
Konsep Keluarga Malaysia adalah aspirasi yang berjaya menyatupadukan rakyat berbilang kaum dan agama, kata Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Perdana Menteri berkata, konsep Keluarga Malaysia membawa Malaysia lebih harmoni dalam kepelbagaian budaya dan bangsa.
Katanya, Program Semarak Uniti Keluarga Malaysia adalah manifestasi kejayaan Keluarga Malaysia yang diperkenalkan kerajaan pentadbirannya.
“Program yang dianjurkan Kementerian Perpaduan Negara selari dengan konsep Keluarga Malaysia yang saya perkenalkan.
“Sambutan yang diterima daripada pelbagai kaum berjaya menyatupadukan rakyat Malaysia,” katanya pada Program Semarak Uniti Keluarga Malaysia Peringkat Kebangsaan di Dataran Kerayong, di sini hari ini.
Yang turut hadir, Menteri Perpaduan Negara, Datuk Halimah Mohamed Sadique.
Lebih 1,000 pengunjung menyertai pelbagai aktiviti dan persembahan artis terkemuka.
Menerusi program berkenaan, pameran Rumah Kami menampilkan pelbagai aktiviti kebudayaan dan kesenian mendapat sambutan warga Bera.
Ismail Sabri berkata, konsep Keluarga Malaysia akan terus diperkasakan sebaik mandat diberikan kepada Barisan Nasional (BN) selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15). BH
Konsep Keluarga Malaysia aspirasi penyatuan semua rakyat
Baca Artikel Menarik:
- Muhyiddin luluskan kontrak RM580b tanpa tender – Anwar
- BN menang Ismail PM – Johari
- Anwar mahu Muhyiddin dedah akaun Bersatu
- Jangan percaya tinjauan kata PH pilihan utama pengundi – Mahathir
- Tak mungkin Zahid jadi PM
- Kajian IDE ramal Azmin bakal tewas di Gombak
- Pas sepatutnya ada kuasa bersuara dalam PN – Ismail
- Kerajaan rugi tak ada pakar ekonomi seperti Johari Ghani – Ismail
- Pakatan Harapan fobia dengan perkataan manifesto
- PAS tak akan bekerjasama dengan BN – Hadi
- Saya tak pernah jumpa pemimpin PN bincang kerjasama – Hishammuddin
- PN goyah, PAS mula buat perangai
- PRU15: Anwar umum ‘sokong’ Tengku Zafrul
- Ilham Centre nafi ramal PH menang 87 kerusi
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Saya mohon maaf, saya hanya mahu ‘prank’ anak saudara
Takiyuddin bidas kembali kenyataan Muhyiddin, pendirian PAS terbuka
You must be logged in to post a comment.