Mabuk punca tiga pemuda agresif ketika diberkas

Tangkap layar video tiga lelaki bertindak agresif ketika ditahan polis di hadapan sebuah premis di Love Lane, George Town Ahad lalu.

GEORGE TOWN – Polis mengesahkan penahanan tiga pemuda yang bertindak agresif selepas disyaki mabuk dalam kejadian pergaduhan di hadapan sebuah premis di kawasan Love Lane di sini Ahad lalu.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong berkata, tangkapan ketiga-tiga suspek berusia 29 hingga 31 tahun itu dilakukan sepasukan anggota dari Balai Polis Central selepas menerima aduan daripada orang awam pada pukul 3.05 pagi.

Menurutnya, kesemua suspek yang berasal dari Pulau Pinang dan Selangor itu diberkas di lokasi kejadian terbabit.

“Telah terkesan satu video berdurasi 52 saat yang dimuat naik menerusi satu laman Facebook ‘Mamu Jarum’ pada 16 November (hari ini) jam 12 tengah hari, memaparkan insiden pihak polis sedang menahan beberapa individu.



“Suspek bertindak agresif sehingga berlaku pergelutan semasa tangkapan. Kesemua suspek disyaki berada dalam keadaan mabuk.

“Semakan mendapati kesemua tangkapan tiada rekod jenayah lampau, manakala ujian saringan air kencing mendapati salah seorang daripadanya positif dadah jenis THC (Tetrahydrocannabinol),” katanya dalam satu kenyataan di sini sebentar tadi.

Beliau memberitahu, kesemua tangkapan telah ditahan reman selama tiga hari sehingga 15 November dan diberikan jaminan polis.

“Kes telah disiasat di bawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan atas kesalahan merusuh menggunakan senjata. Kertas siasatan akan dirujuk ke Timbalan Pendakwa Raya dalam tempoh terdekat untuk mendapatkan arahan pertuduhan terhadap kesemua suspek,” tambahnya.



Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Saya mohon maaf, saya hanya mahu ‘prank’ anak saudara



Takiyuddin bidas kembali kenyataan Muhyiddin, pendirian PAS terbuka

Teman lelaki Syazlin Zainal ziarah pusara kekasih



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker