Jentera BN bantu mangsa banjir di Teluk Intan

#PRU15

Jentera BN bantu mangsa banjir di Teluk Intan

TELUK INTAN: Jentera Barisan Nasional (BN) di Parlimen Teluk Intan tampil menghulurkan bantuan makanan dan barang keperluan kepada mangsa banjir di pusat pemindahan sementara (PPS) di SMK Abdul Rahman Talib BT4.

Jentera BN turut membuat tinjauan untuk mendapatkan lebih banyak maklumat berhubung bantuan yang diperlukan mangsa banjir terbabit.

“Kami datang nak tengok apa lagi bantuan yang mangsa perlukan, kita senaraikan dan kami akan cuba dapatkan untuk mereka dan hantar ke sini,” katanya kepada FMT.

Terdahulu, hujan lebat berterusan mengakibatkan tiga kampung di Changkat Jong, di sini, dinaiki air menyebabkan lebih 100 penduduk terpaksa dipindahkan.

Sementara itu, laporan Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Hilir Perak memaklumkan jumlah mangsa yang dipindahkan ke PPS bertambah malam ini.

Setakat ini, 137 mangsa daripada 40 keluarga ditempatkan di SMK Abdul Rahman Talib BT4 dan Dewan Serbaguna Kg Padang Tembak. FMT

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Jentera BN bantu mangsa banjir di Teluk Intan


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Mengapa hanya Najib sahaja dituduh, dihukum dalam kes SRC?

Sebab sebenar al-Quran diturunkan dalam bahasa Arab

Muat Turun Kalender 2023, Cuti Sekolah & Cuti Umum Malaysia [Percuma]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker