BN fokus tambah baik infrastruktur luar bandar

BN fokus tambah baik infrastruktur luar bandar

BARISAN Nasional (BN) teruskan usaha menambah baik infrastruktur kawasan luar bandar untuk kemudahan rakyat sekiranya terus diberikan mandat pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, ia selaras dengan peruntukan sebanyak RM2.55 bilion yang dibentang kerajaan Keluarga Malaysia dalam Bajet 2023 sebelum ini.



“Saya fikir infrastruktur rakyat isu yang menjadi keutamaan saya sebab itu adalah prasarana di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar.

“Ia termasuk kemudahan jalan kampung, jalan luar bandar, lampu jalan dan ameniti sosial (seperti membaik pulih dan menaik taraf), dewan, surau. Itu nombor satu.

Beliau berkata demikian kepada media selepas Majlis Penutup Bengkel Penerbitan Kreatif Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) – Universiti Teknologi Mara (UiTM) di Pusat Komuniti, Padang Kerasak, Naka, Kedah, hari ini.

Mahdzir yang juga Menteri Pembangunan Luar Bandar berkata, kementeriannya juga menerima peruntukan sebanyak RM460 juta bagi membina dan membaik pulih rumah yang ditingkatkan daripada RM361 juta sebelum ini.



“Projek lain ialah membabitkan bekalan elektrik luar bandar dengan peruntukan sebanyak RM472 juta, projek bekalan air luar bandar dan bekalan air alternatif berjumlah RM381 juta, RM123 juta bagi projek lampu jalan kampung melalui pemasangan baharu 6,800 unit lampu dan penyelenggaraan.

Selain itu katanya, bantuan secara langsung kepada golongan rentan di luar bandar akan diteruskan termasuk bantuan bulanan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk 450,000 isi rumah.

“Subsidi bil elektrik RM40 juga diperluaskan kepada kumpulan paras garis kemiskinan (PGK) Makanan 2019, perlindungan sosial RM734 juta iaitu perlindungan insurans atau takaful bagi B40 dan penerima bantuan BKM,” kata Mahdzir. E9

BN fokus tambah baik infrastruktur luar bandar




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Penumpang LRT rosak jadi mangsa samun kerana jalan kaki [VIDEO]



Ismail Sabri sokong KJ diangkat sebagai PM pada masa akan datang

Mat Sabu ‘Koyak’ di Kota Raja, maki perempuan bohsia [VIDEO]



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker