Pegawai Bank Berkeras Suruh Warga Emas Strok Didukung Masuk Bank (Video)

Pegawai Bank Berkeras Suruh Warga Emas Strok Didukung Masuk Bank (Video)

Selalunya jika seseorang itu mempunyai urusan bank yang perlu diselesaikan, individu itu sendiri perlu pergi ke premis bank tetapi jika mempunyai kekangan yang tidak dielakkan, pegawai boleh saja mencari alternatif lain bagi memudahkan urusan.

Bagaimanapun, seorang individu bernama Niza Abd Ghani meluahkan rasa kecewa melalui satu video kerana layanan diberi oleh pegawai bank di premis yang dituju sama sekali tidak bertimbang rasa.



Difahamkan daripada mulut Niza, dia sudah memberitahu lebih lanjut tentang keadaan bapanya yang alami strok dan meminta pegawai memilih cara lain bagi memudahkan urusan penukaran kad ayah.

Pada mulanya pihak bank bersetuju serta meminta wanita itu bawa bapanya ke premis dan akan ada pegawai yang akan keluar untuk uruskan segala urusan.

Namun lain pula jadinya sesudah sampai disana, pegawai bank berkenaan berkeras minta ayah wanita tersebut masuk ke dalam premis bagi menyelesaikan proses penukaran kad bank.

Dua jam datang sini tunggu dalam kereta macam orang bodoh. Menyusahkan orang tua.



Kerana pegawai tetap berkeras dengan keputusannya, Niza terpaksa meminta pertolongan orang lain untuk mengangkat bapa masuk ke dalam bank berkenaan.

Akhirnya, Niza berkata dia tidak melalui masalah yang sama apabila berurusan dengan pihak bank lain. Bn

[videopress ynTcQ36j]

Pegawai Bank Berkeras Suruh Warga Emas Strok Didukung Masuk Bank (Video)


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Penumpang LRT rosak jadi mangsa samun kerana jalan kaki [VIDEO]

Ismail Sabri sokong KJ diangkat sebagai PM pada masa akan datang



Mat Sabu ‘Koyak’ di Kota Raja, maki perempuan bohsia [VIDEO]



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker