Parlimen tergantung bakal berlaku lagi?

#PRU15

Parlimen tergantung bakal berlaku lagi?

Ada yang menggelarkan Pilihan Raya ke-15 (PRU-15) ini adalah ‘ibu kepada PRU’ kerana senario politik yang sudah jauh berubah berbanding sedekad lalu.

Paling utama adalah, rakyat mahu melihat kelicinan perjalanan kerajaan dan situasi ‘Parlimen tergantung’ yang berlarutan mahu dielakkan.

Mungkin juga wujud jajaran kerjasama politik baharu selepas 19 November ini jika tiada gabungan parti politik berjaya memperoleh majoriti mudah iaitu 112.

Bagi mengupas isu ini, HM menemu bual Pakar Geostrategik, DR AZMI HASSAN

Calon Perdana Menteri, apa kriteria utamanya?

Kriteria paling utama ialah calon PM perlu memiliki keberanian melantik jemaah menteri pada pendapat beliau adalah daripada kalangan yang terbaik dan berwibawa melaksanakan amanah tanggungjawab dan tidak terikat sangat dengan kuota parti.

Ini adalah kerana jemaah menteri akan membantu Perdana Menteri bersama-sama gubal strategi untuk hadapi cabaran yang banyak berkait dengan isu global di luar kawalan kita.

Apakah satu kemungkinan yang besar tentang keadaan parlimen tergantung pada 19 November ini apabila tiada parti dapat majoriti mudah?

Saya menjangkakan tiada gabungan parti besar sama ada Barisan Nasional (BN), Perikatan Nasional (PN), Pakatan Harapan (PH) atau Pejuang yang mampu membentuk Kerajaan Persekutuan secara bersendirian tetapi tidaklah sampai akan tercetus fenomena parlimen tergantung buat jangka masa yang lama.

Ini kerana, akan berlaku penjajaran semula iaitu parti yang paling dominan daripada segi jumlah kerusi akan menjalin kerjasama dengan parti lain untuk memperoleh majoriti dalam Dewan Rakyat.

Salah satu kemungkinan ialah kerjasama di antara BN dengan GPS Sarawak dan mungkin juga dengan GRS Sabah.

PRU-15 merekodkan calon paling ramai bertanding sama ada mewakili parti masing-masing atau bebas. Kuantiti melebihi kualiti?

Tidak dinafikan juga kualiti daripada segi calon bertanding juga bertambah sama ada daripada segi pengalaman, akademik atau umur.

Jika digabungkan dengan ketiga-tiga kualiti positif ini maka diunjurkan kualiti perkhidmatan terutama ahli parlimen juga akan menjadi lebih baik.

Bukan tanggungjawab asas ahli parlimen untuk memastikan longkang tidak tersumbat atau meleraikan isu kesesakan trafik setempat, tugas mereka adalah gubal dan bahas dasar peringkat nasional.

Isytihar harta, tiba-tiba kita dapati ramai orang politik memiliki harta jutaan ringgit, belasan juta ringgit malah ada yang merekodkan ratusan juta ringgit. Bagaimana rakyat menilainya?

Begitu baik sekali bila calon isytihar secara terbuka jumlah harta dan liabiliti yang dimiliki kerana rakyat mampu membuat penilaian tentang sesuatu isu. Contoh, jika ada calon yang menentang keras pengeluaran simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan calon tersebut memiliki ratusan ribu ringgit wang simpanan dan malah jutaan ringgit simpanan KWSP, maka rakyat dapat menilai sama ada tentangan itu berasaskan faktor asas ekonomi jangka panjang atau pengalaman peribadi calon tersebut.

Apakah satu tindakan wajar jika ahli politik wajib mengisytiharkan harta mereka secara tahunan untuk melihat jika ada pertambahan yang tidak logik?

Harapnya pengisytiharan harta ini bukan berbentuk one-off sebelum PRU-15 sahaja dan seeloknya menjadi peraturan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Pengisytiharan tahunan oleh calon yang menjadi wakil rakyat banyak kebaikannya kerana jika penjawat awam perlu memperbaharui pengisytiharan harta setiap lima tahun atau bila ada pertambahan harta, maka semestinya wakil rakyat itu melakukannya secara tahunan untuk elak persepsi wakil rakyat guna kedudukan untuk raih kekayaan secara tidak sah.

Manifesto sudah dilancarkan, masuk akal atau sekadar ‘gula-gula’ untuk menang PRU-15?

Masalah tawaran dalam manifesto adalah ia tawaran dan janji semata-mata tanpa perlu dikemukakan strategi bagaimana untuk menunaikan tawaran tersebut.

Jadi samar bagi pengundi untuk menilai kualiti manifesto bersandarkan manifesto semata-mata.

Hakikatnya manifesto sama ada BN, PH atau PN banyak menjanjikan perkara yang baik.

Tapi hakikatnya janji manifesto BN dalam hal berkait kewangan umpamanya boleh dikaitkan dengan strategi fiskal yang terkandung Bajet 2023 yang sudah dibentangkan dan bajet ini boleh dikaitkan pula Rancangan Malaysia ke-12 yang akan tamat 2025.

Paling penting gula-gula manifesto tidak hanya berjangka pendek tetapi mesti ada perancangan masa jangka panjang.

Secara keseluruhan, bagaimana Dr melihat PRU kali ini daripada segi calon, parti serta pengundi?

Calon yang ditawarkan kali ini adalah pelbagai latar belakang yang kaya dengan kualiti yang agak menarik.

Tawaran sebegini akan membuatkan pengundi sukar untuk memilih jika dikaitkan dengan parti pula.

Timbul perasaan serba salah bila pengundi tertarik dengan kualiti calon tapi calon itu pula mewakili parti yang tidak disenangi pengundi tersebut atau pun bila calon yang berkualiti ini bertanding atas tiket bebas dan katakan menang, maka adakah calon ini akan kekal bebas atau menjadi keahlian parti lain, senario ini juga akan menjadi dilema pengundi.

Paling penting bila pengundi memilih calon secara tidak langsung kita memilih PM dan juga parti yang diwakili PM. HM

Parlimen tergantung bakal berlaku lagi?


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Penumpang LRT rosak jadi mangsa samun kerana jalan kaki [VIDEO]

Ismail Sabri sokong KJ diangkat sebagai PM pada masa akan datang

Mat Sabu ‘Koyak’ di Kota Raja, maki perempuan bohsia [VIDEO]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker