8 kawasan di Meru dilanda banjir kilat [VIDEO]

Sebanyak lapan kawasan di sekitar Meru dilanda banjir kilat berikutan hujan tanpa henti sejak jam 3 petang Khamis.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Norazam Khamis berkata, lapan kawasan itu ialah di Meru 3, Persiaran Hamzah Alang, Jalan Kasban, Jalan Kenangan dan Taman Daya.

Anggota bomba membuat pemantauan di rumah penduduk di sekitar Meru yang dilanda banjir kilat pada Khamis.
Anggota bomba membuat pemantauan di rumah penduduk di sekitar Meru yang dilanda banjir kilat pada Khamis.

Menurutnya, selain itu air juga melimpah di Jalan Khamis, Jalan Jabar dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Meru.



Norazam berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian banjir kilat lada jam 4.09 petang.

“Seramai 13 anggota dan pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kapar dan Sungai Pinang bersama jentera dan bot masing-masing dikerah ke tempat kejadian,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Menurut Norazam, anggaran kedalaman banjir banjir kilat itu mencatatkan kedalaman 0.3 meter, bagaimanapun air semakin surut dan keadaan hujan semakin reda.

“Sehingga kini tiada pemindahan dilakukan dan pihak bomba sedang memantau lokasi banjir dari semasa ke semasa,” katanya.



 

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);



KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Penumpang LRT rosak jadi mangsa samun kerana jalan kaki [VIDEO]

Ismail Sabri sokong KJ diangkat sebagai PM pada masa akan datang



Mat Sabu ‘Koyak’ di Kota Raja, maki perempuan bohsia [VIDEO]



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker