Tuan Ibrahim saman Rafizi

SHAH ALAM – Menteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man mengambil tindakan undang-undang terhadap Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli berhubung dakwaan berkaitan rancangan tebatan banjir Sungai Langat 2 bernilai RM2 bilion.

Mengikut laporan yang disiarkan portal rasmi Pas, surat tuntutan berkenaan telah diserahkan kepada Rafizi melalui firma guaman Yusfarizal Aziz & Zaid

Berdasarkan surat tuntutan itu, Rafizi diminta untuk mengeluarkan satu draf permohonan maaf dalam tempoh tujuh hari daripada tarikh surat itu dikeluarkan.

Beliau juga diminta untuk mengeluarkan satu aku janji bertulis untuk berhenti daripada menerbitkan atau menulis dan mengeluarkan kenyataan yang sama, juga dalam tempoh tujuh hari.

Pihak guaman yang mewakili Tuan Ibrahim juga mencadangkan satu jumlah ganti rugi yang munasabah kepada beliau, yang mana jumlah yang dipersetujui tersebut perlu dibayar serta-merta setelah pihak yang berkaitan mencapai persetujuan berkenaan dengan jumlah kuantum ganti rugi.

Pada Isnin lalu, Rafizi dalam satu sidang media menuntut penjelasan daripada Timbalan Presiden Pas itu berhubung status projek kerja-kerja rancangan tebatan banjir Sungai Langat 2 bernilai RM2 bilion yang didakwa dalam proses mendapat kelulusan.

Rafizi mendakwa, berdasarkan sumber dalaman, kementerian itu sedang dalam proses untuk menganugerahkan tender tersebut secara rundingan terus kepada sebuah syarikat sedangkan ia tidak boleh dibuat oleh kerajaan sementara.

Bagaimanapun, Tuan Ibrahim dalam kenyataan balas pada Selasa memaklumkan, tiada kelulusan boleh diberikan terhadap mana-mana peruntukan kewangan dalam tempoh kerajaan sementara.

Beliau menegaskan, tidak pernah meluluskan sebarang peruntukan mana-mana projek setelah Parlimen dibubarkan dan tiada mana-mana pihak yang datang berjumpanya bagi meminta kelulusan RM2 bilion itu.

Tuan Ibrahim juga menggesa Rafizi agar membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) jika mempunyai bukti.

 

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Penumpang LRT rosak jadi mangsa samun kerana jalan kaki [VIDEO]

Ismail Sabri sokong KJ diangkat sebagai PM pada masa akan datang

Mat Sabu ‘Koyak’ di Kota Raja, maki perempuan bohsia [VIDEO]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker