Pemandu berdepan denda RM13,000 kerana buat gajah marah
BANGKOK – Seorang pemandu trak pikap di Thailand berdepan hukuman denda sehingga 100,000 baht (RM12,689) selepas mempamerkan sikap menjengkelkan ketika bertembung dengan seekor gajah di sebuah taman negara di wilayah Nakhon Ratchasima atau Korat, lapor laman berita Thaiger semalam.
Berdasarkan video yang dikongsikan di laman Facebook dan saluran YouTube ‘Wild Animals at Khao Yai’, lelaki berkenaan dilihat melakukan provokasi terhadap gajah yang melintas di sebatang jalan di Taman Negara Khao Yai.
Lelaki tersebut dilihat memandu ke arah gajah itu dan tidak berhenti seketika bagi memberi laluan kepada haiwan tersebut untuk melintas jalan seperti yang disaran pihak berkuasa.
Tindakan itu telah membuatkan gajah tersebut marah sehingga mengeluarkan bunyi kuat.
Pemandu tersebut kemudian memberhentikan kenderaannya, keluar dari trak tersebut dan merakam gambar gajah itu sebelum berlalu pergi.
Video itu menimbulkan kemarahan netizen yang menyelar sikap lelaki berkenaan kerana melanggar peraturan jalan raya, bahkan ada antara pengguna media sosial yang berharap agar gajah tersebut menyerang pemandu berkenaan.
Ketua Taman Negara Khao Yai, Chaiya Huayhongthong berkata, pemandu tersebut telah melanggar Seksyen 20 Akta Taman Negara yang menyatakan bahawa pengunjung perlu mematuhi arahan dan saranan renjer hutan.
Tambahnya, mereka yang melakukan kesalahan tersebut berdepan bayaran denda sehingga 100,000 baht (RM12,689).
Menurut laporan stesen penyiaran Channel 7, pemandu itu telah pun menyerah diri kepada polis dan membayar sejumlah denda yang tidak didedahkan.
Menurut Chaiya, pemandu yang bertembung dengan haiwan liar di taman negara perlu memastikan jarak sekurang-kurangnya 30 meter, mengelak daripada membunyikan hon, mematikan lampu, mengundur ke belakang secara perlahan dan tidak cuba mengejar haiwan tersebut. – Agensi
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Nabil ditegur jangan melampau ‘bahan’ peserta
- Penduduk boikot aktiviti gotong royong Mas Ermieyati
- Menang di Tumpat PAS tak janji tingkatkan kualiti air tapi tawar korban 20 ekor lembu
- Mahathir pergi Sabah kutuk Warisan
- Anwar yang rosakkan negara – Mahathir
- Aaron Carter ditemui mati lemas dalam tab mandi
- Rafizi kata kejutan besar, Tok Mat sahut sebagai cabaran
- Abang Jo bidas Muhyiddin khianat janji, tiada kerjasama selepas PRU-15
- Punca Cleopatra bertanding Parlimen Batu
- Anwar masuk penjara sebab jenayah bukan macam Nelson Mandela
- Bengang dengan A.Aida
- Hanya BN mampu ‘beri nyawa kepada ekonomi’ – Zaid
- Lelaki cabul pelajar IPT ditahan polis
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Hamzah ‘ketat’ disambut dengan sorakan ‘Katak & Pengkhianat’
Budak Kena Terajang Dek Lelaki Sebab Bengang Lama Sangat Bersandar Di Keretanya [VIDEO]
Pemandu letak pesanan ‘manja’ buat ramai terhibur