Anggota polis terima wang RM5.7 juta dalam akaun, jadi jutawan sekelip mata

Gambar Hiasan

 

Seorang anggota polis di bandar Karachi, selatan Pakistan, Aamir Gopang terkejut apabila mendapati akaun bank miliknya memiliki wang AS$1.2 juta (RM5.7 juta) daripada sumber yang tidak diketahui termasuk wang gaji­nya, lapor laman berita Wion News kelmarin.

Apabila pihak berkuasa menge­tahui perkara itu, seorang pegawai penyiasat dari balai polis Bahadurabad di Karachi telah dihantar untuk melakukan siasatan, lapor akhbar The Express Tribune berpangkalan di  Pakis­tan.

Pegawai penyiasat berkenaan juga hairan dan terkejut melihat akaun bank Aamir mempunyai wang begitu banyak



Ketika ditanya media tempatan mengenai situasi dia kini bergelar jutawan segera, Aamir berkata, dia tidak gembira de­ngan keadaan tersebut.

“Saya terkejut, apatah lagi melihat wang yang begitu ba­nyak, saya tidak pernah mempunyai lebih daripada beberapa ribu rupee dalam akaun saya.

“Saya hanya mendapat tahu mengenainya apabila pihak bank menghubungi saya dan memaklumkan 100 juta rupee (AS$1.2 juta) telah dipindahkan ke dalam akaun saya,” kata Aamir.

Apabila pihak bank menyedari pemindahan wang yang agak ke­terlaluan itu ke dalam akaun anggota polis biasa, mereka segera membekukan akaun bank Aamir. Kad ATM lelaki itu juga telah di­sekat oleh pihak bank.



Hasil siasatan polis mendapati kejadian serupa telah berlaku di dua tempat lain iaitu di bandar Larkana dan Sukkur dengan beberapa anggota polis turut menerima sejumlah besar wang dalam akaun bank mereka.

Di Larkana, tiga anggota polis menerima AS$600,000 (RM2,848,800) dalam akaun ma­sing-masing, manakala di Sukkur, seorang anggota polis mempu­nyai jumlah sama didepositkan ke dalam akaunnya.

Pihak berkuasa yang menyiasat perkara itu percaya bahawa ketiga-tiga kes mungkin saling berkaitan. Bagaimanapun, anggota-anggota polis di Larkana menafikan mempunyai sebarang pengetahuan mengenai wang itu atau sumbernya. – Agensi

 



Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Hamzah ‘ketat’ disambut dengan sorakan ‘Katak & Pengkhianat’



Budak Kena Terajang Dek Lelaki Sebab Bengang Lama Sangat Bersandar Di Keretanya [VIDEO]

Pemandu letak pesanan ‘manja’ buat ramai terhibur



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker