Shah Alam dilanda banjir kilat! [VIDEO]

Beberapa kawasan di sini dilanda banjir kilat ekoran hujan lebat sejak kira-kira jam 3 petang pada Selasa.

Perkara tersebut dilaporkan oleh para pengguna Facebook memuat naik beberapa gambar dan video memaparkan limpahan air di atas jalan raya serta beberapa rumah terkesan akibat insiden berkenaan.

Antara kawasan yang terlibat dengan banjir kilat berkenaan termasuklah Seksyen 17, Seksyen 24, Seksyen 25, dan Padang Jawa, di sini.

Salah seorang pengguna Facebook, Mardiana Marmono, 40 memaklumkan kawasan rumah di Alam Impian, Seksyen 17 di sini mula dinaiki air setinggi 0.3 meter bermula jam 4.30 petang.

Ketika meredah air banjir untuk pulang ke rumahnya, dia menyaksikan beberapa buah kenderaan terpaksa berpatah balik akibat jalan yang dinaiki air.

“Masa saya balik, (paras air) tinggi juga. Ada kereta patah balik. Saya juga nampak motor tenggelam separuh rodanya.

“Tadi di kawasan Tinta Alam Impian ada jalan tidak boleh digunakan. Paras air di luar rumah cecah paras lutut. Tapi mereka (penduduk) kata (air) dah surut,” katanya kepada Sinar Harian pada Selasa.

Dalam pada itu, salah seorang penduduk di Padang Jawa, di sini, Masripah Ibrahim, 56, memaklumkan terdapat limpahan air di kawasan kejiranannya pada petang Selasa.

Namun dia berkata, banjir mula surut dengan cepat disebabkan oleh longkang besar di depan rumahnya.

“Rumah jiran-jiran yang dinaiki air juga mulai surut kerana air dalam longkang mengalir deras, kalau tidak memang banjirlah.

“Kalau di kawasan sini setakat ini belum lagi (banjir),” katanya.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Hamzah ‘ketat’ disambut dengan sorakan ‘Katak & Pengkhianat’

Budak Kena Terajang Dek Lelaki Sebab Bengang Lama Sangat Bersandar Di Keretanya [VIDEO]

Pemandu letak pesanan ‘manja’ buat ramai terhibur

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker