Kami tak mahu YB hanya mampu main wayang, bertiktok

#PRU15

Kami tak mahu YB hanya mampu main wayang, bertiktok

MUAR: Mudah dihubungi, bertanggungjawab dan sentiasa berada di kawasan menjadi tuntutan pengundi dalam memilih bakal wakil rakyat di Parlimen Muar pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Bagi mereka, wakil rakyat yang hanya ‘singgah’ di kawasan dan muncul secara ‘bermusim’ tidak mampu menyelesaikan masalah rakyat.



Fasilitator bebas, Shah Ezam Mohameddin, 49, berkata penduduk mahu seorang wakil rakyat yang sentiasa berada Muar, mudah ditemui dan menjadi jambatan penghubung antara rakyat serta kerajaan.

“Sebagai pengundi kita memang memerlukan calon dan wakil rakyat yang memang ada di Muar, bukan hanya sekadar datang singgah dan kemudiannya balik. Kami perlukan pembangunan yang lebih hebat.

“Kalau setiap kali ada aduan (sebelum ini), yang datang hanyalah pegawai khas atau wakil sahaja. Rakyat Muar mahukan Ahli Parlimen mudah untuk berjumpa dengan mereka. Itu harapan kita di Muar,” katanya kepada BH.

Pegawai Teknologi Maklumat syarikat swasta, Teong Hock Hon, 36, turut berkongsi harapan serupa dan tidak mahu bakal wakil rakyat yang hanya gah di media sosial tetapi gagal membantu rakyat.



Katanya, Muar memerlukan seorang wakil rakyat yang bertanggungjawab dan meletakkan keperluan penduduk sebagai keutamaan.

“Apa yang paling penting ialah penduduk mudah berjumpa dengan wakil rakyat mereka kerana beliau menjadi rujukan kepada rakyat setiap kali ada sebarang masalah.

“Kita tak mahu pemimpin yang hanya mampu ‘main wayang’ dan ‘bertiktok’ sahaja. Kita mahu pemimpin yang boleh membantu,” katanya.

Sementara itu, mahasiswa, Haqim Malek, 23, mengharapkan supaya Ahli Parlimen yang memenangi kerusi berkenaan kelak mampu membawa masuk lebih banyak pembangunan dan peluang pekerjaan.



“Jika dilihat kepada corak anak muda di Muar, ramai yang berhijrah ke luar. Mereka tidak mencari pekerjaan di sini kerana peluang yang ada amat terhad. Sebagai anak muda, sudah tentu peluang pekerjaan yang setaraf dengan kelulusan pendidikan amat penting bagi kami,” katanya.

Pada PRU15, kerusi Parlimen Muar menyaksikan pertembungan tiga penjuru antara calon Barisan Nasional (BN), Mohd Helmy Abd Latif; calon Perikatan Nasional (PN), Abdullah Husin dan penyandang, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman (MUDA).

Syed Saddiq sebelum ini memenangi kerusi berkenaan pada PRU14 menggunakan logo PKR selepas menewaskan calon BN, Datuk Seri Razali Ibrahim dan Abdul Aziz Talib dari PAS dengan majoriti 6,953 undi. BH

Kami tak mahu YB hanya mampu main wayang, bertiktok




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Myvi diterbalik kerana mengejek,langgar penghantar makanan (Video)



“Are You F*ck….” – Tular Video Calon MUDA Kepala Batas Mencarut Ketika Berucap (Video)

Anak belasah ibu kerana tak kemas rumah



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker