Ismail Sabri sebagai ‘poster boy’ BN ketentuan parti – Hishammuddin

TANGKAK: Bendahari Agung Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata pendirian UMNO mengekalkan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai “poster boy” Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum-Ke-15 (PRU15) telah ditentukan lebih awal oleh parti.

Justeru, Hishammuddin yang juga Ketua UMNO Bahagian Sembrong berkata untuk merealisasikan hasrat BN berkenaan parti perlu memenangi PRU15.

“…daripada dahulu lagi parti telah menentukan dan telahpun buat pendirian bahawa beliau ‘poster boy’ kita…yang penting nak jadi Perdana Menteri kena menangkan parti dahulu,” katanya kepada pemberita selepas Program Jelajah Undi BN Johor di Parlimen Pagoh di Kampung Baru Grisek di sini hari ini.



Pengerusi BN Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini mengulangi keputusan bahawa Ismail Sabri akan kekal sebagai Perdana Menteri sekiranya gabungan tersebut memenangi PRU15.

Ahmad Zahid berkata walaupun Ismail Sabri tidak memegang jawatan paling tinggi parti, itu bukan isu yang perlu diperbesarkan.

Mengulas laporan media mengenai dakwaan Rafizi kononnya Pakatan Harapan berpotensi memenangi 13 hingga 15 kerusi parlimen di Johor pada PRU15 ini, Hishammuddin berkata rakyat yang akan menentukan keputusan itu ketika hari pengundian PRU15 pada 19 Nov ini.

BERNAMA



Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Hamzah ‘ketat’ disambut dengan sorakan ‘Katak & Pengkhianat’



Budak Kena Terajang Dek Lelaki Sebab Bengang Lama Sangat Bersandar Di Keretanya [VIDEO]

Pemandu letak pesanan ‘manja’ buat ramai terhibur



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker