Remaja hilang ketika beli air

Remaja hilang ketika beli air

IPOH: Polis memohon bantuan orang ramai mengesan remaja perempuan berusia 14 tahun, yang dilaporkan hilang sejak tiga minggu lalu.

Nurhidayah Mat Nurddin, beralamat di Kampung Tersusun Batu 5, Tambun, kali terakhir dilihat pada jam 4.30 petang, 19 Ogos lalu ketika memberitahu neneknya yang berada di rumah untuk keluar membeli air minum di kawasan berhampiran.



Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya Hassan, berkata orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai keberadaan lokasi remaja itu boleh menghubungi pegawai penyiasat kes, Sarjan Mohd Haizal Umar, di talian 05-2451628 atau 011-21001076.

Yahaya berkata, maklumat juga boleh disalurkan dengan menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh di talian 05-2451500.

Sementara itu, sumber memaklumkan, remaja itu dikatakan memarahi ibunya selepas ditegur kerana terlalu banyak bermain telefon dan dipercayai hilang kerana mengikut seorang kenalan. BH

Remaja hilang ketika beli air




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Tengku Hassanal tolong angkat skrol jatuh ketika istiadat (Video)



Masjid Noori Berusia 120 Tahun Muncul Semula Selepas Tiga Dekad Tenggelam [VIDEO]

Ustazah Asma Tak Tahan Dikecam Berterusan Tanpa Sebab (Video)



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker