BN akan benarkan sekolah mengajar komunikasi asas bahasa Mandarin, Tamil, Iban, Kadazan, Dusun

Pengerusi BN, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, langkah itu bagi menjadikan sekolah kebangsaan (SK) sebagai medan menyubur keharmonian dan menyemai nilai menghargai satu sama lain.

Katanya, BN mahu menjadikan sekolah sebagai tempat memupuk minda terbaik melalui pengajaran kemahiran baharu seperti pengkodan atau coding dan kreativiti sebagai langkah menjadikan SK sebagai sekolah pilihan untuk pendidikan semua.

“Yang pasti, sekolah akan dijadikan medan paling ampuh untuk memupuk kesedaran kemajmukan dan perpaduan,” katanya dalam pengumuman Manifesto BN atau Padu hari ini.

Tegas beliau, BN tidak mahu sesiapa pun tertinggal, tercicir dan terpisah kerana sedar dalam fabrik sosial masyarakat Malaysia yang kaya dengan latar belakangnya di samping mengiktiraf dan menghargai kepelbagaian adalah satu-satunya jalan mengekalkan keharmonian dan nilai muhibah antara kita.

“BN percaya dan yakin bahawa formula untuk Malaysia yang stabil dan sejahtera ialah pembangunan yang terangkum. Untuk itu, BN akan menjadikan sekolah kebangsaan sebagai medan menyubur keharmonian dan menyemai nilai menghargai satu sama,” katanya.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid menambah, BN berhasrat menawarkan insentif cukai kepada syarikat-syarikat yang mempunyai kemajmukan pada peringkat pengurusan untuk memastikan para majikan mengambil pekerja daripada pelbagai bangsa, gender dan latar belakang.

Katanya, BN berjanji menubuhkan Tribunal Kesaksamaan Gender dan menubuhkan Tribunal Anti Gangguan Seksual bagi menghapuskan isu gangguan seksual, ketidaksaksamaan gaji, imbuhan dan layan kerana perbezaan gender

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Hamzah ‘ketat’ disambut dengan sorakan ‘Katak & Pengkhianat’

Budak Kena Terajang Dek Lelaki Sebab Bengang Lama Sangat Bersandar Di Keretanya [VIDEO]

Pemandu letak pesanan ‘manja’ buat ramai terhibur

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker