PRU-15: Kedah lulus bantuan khas RM1,500 buat penjawat awam

ALOR SETAR – Kerajaan negeri Kedah bersetuju memberikan bantuan khas kewangan berjumlah RM1,500 bagi setiap seorang kakitangan awam negeri dan anggota pentadbiran negeri sebagai menghargai sumbangan dan pengorbanan mereka.

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor ketika membentangkan Bajet Kedah 2023 pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Ahad berkata, bantuan khas kewangan itu melibatkan pembayaran sebanyak RM8 juta yang akan dibayar pada Disember nanti.

“Kerajaan negeri amat berterima kasih atas dedikasi dan kesungguhan yang tidak berbelah bahagi kakitangan awam negeri dalam melaksanakan dasar, program, projek yang dirancang oleh kerajaan demi membangunkan negeri ini,” katanya.



Muhammad Sanusi berkata, kakitangan awam negeri juga terlibat dalam menguruskan bantuan semasa berlakunya bencana di Kedah.

Sementara itu, beliau berkata, semua guru lantikan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kedah (JHEIK) akan menerima faedah kenaikan gaji sebanyak RM100 secara ‘one-off’ setiap seorang seperti yang dinikmati penjawat awam lain.

“Peruntukan Dasar Baru yang diluluskan untuk perkara ini adalah sebanyak RM622,000,” katanya.- Bernama.

 



Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


The Sara Sisters Dikritik Seksi Melampau



Ameera Khan Memang Fake?

Rishi Sunak ‘pemuja’ Israel



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker