17 kerusi parlimen dalam sasaran BN di negeri Johor

 

KUALA LUMPUR: BN Johor menyasarkan menang sekurang-kurangnya 17 parlimen pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15), kurang tiga daripada 20 disasarkan Umno Pusat.

Setiausaha Agung Umno Ahmad Maslan berkata, beberapa kerusi yang BN tewas pada pilihan raya umum 2018 dijangka mampu dirampas semula, namun beliau tidak memperincikan kawasan terbabit.

Menurutnya, keyakinan itu berdasarkan sentimen di Johor yang masih kekal seperti ketika BN menang cemerlang pada pilihan raya negeri Johor, Mac lalu.

“Kita harap daripada 26 parlimen di Johor, pengarah pilihan raya (Timbalan Presiden Umno Mohamad Hasan) telah tetapkan (menang) 20 kerusi.

“Tetapi keyakinan peringkat negeri ada angka lain iaitu 17 kerusi bukan 20 kerusi parlimen,” katanya dalam temu bual eksklusif dengan FMT di Menara Dato Onn, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) baru-baru ini.

Pada pilihan raya umum lalu, BN hanya menang lapan parlimen di kubu kuatnya itu. Kerusi terbabit adalah Sembrong, Pontian, Mersing, Pengerang, Tenggara, Parit Sulong, Kota Tinggi dan Ayer Hitam.

Ahli Parlimen Mersing Abdul Latiff Ahmad bagaimanapun menyertai Bersatu pada Feb 2019. BN kemudiannya menambah satu lagi kerusi apabila calon MCA Wee Jeck Seng menang pilihan raya kecil Parlimen Tanjung Piai.

Dalam perkembangan lain, Ahmad enggan mengulas sama ada penggantungan keahlian Ketua Umno Pasir Salak Tajuddin Abdul Rahman selama enam tahun yang bermula 1 Okt masih berjalan atau telah ditarik balik.

Bagaimanapun, Ahmad berkata tiada masalah jika Tajuddin mempunyai hasrat mempertahankan Parlimen Pasir Salak pada PRU15.

Persoalan membabitkan status Tajuddin selepas beliau hadir pada majlis bersama Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi di Bagan Datuk pada 18 Okt lalu.

Sementara itu, Ahmad berkata, beliau secara peribadi berpendapat sukar untuk Umno bekerjasama dengan PAS selepas PRU15 kerana parti itu dilihat lebih berminat untuk bersama Bersatu.

“Baru-baru ini Umno tawar salam persahabatan dan tentu ada syarat iaitu syaratnya mereka (PAS perlu) guna lambang PAS dan tinggalkan Perikatan Nasional (PN) kerana Umno tak boleh bersama dengan Bersatu.

“(Tetapi) mereka tolak dan nak bersama dengan parti penuh dengan (Ahli Parlimen) lompat,” katanya.

 

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


The Sara Sisters Dikritik Seksi Melampau

Ameera Khan Memang Fake?

Rishi Sunak ‘pemuja’ Israel

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker