Elaun dan perjawatan guru KAFA akan dikaji semula – Ismail

Elaun dan perjawatan guru KAFA akan dikaji semula – Ismail

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kerajaan akan melihat semula isu elaun rendah dan perjawatan guru Kelas Agama dan Fardu Ain (KAFA) yang masih bertaraf kontrak sehingga kini.

Perdana Menteri berkata, beliau ada berbincang dengan Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Mohd. Zuki Ali kerana guru KAFA terletak di bawah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).



“Kita akan tengoklah, kita akan ‘review’ balik perkara ini selepas pilihan raya.

“Setakat ini, tidak boleh buat apa-apa, Kabinet pun tidak bermesyuarat,” katanya ketika ditemui pemberita selepas Majlis Kenduri Keluarga Malaysia sempena program Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia (JAKIM) di Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah di sini hari ini.

Semalam, sebuah akhbar melaporkan ketika pekerja kilang dan pengawal keselamatan termasuk warga asing sudah lama menikmati gaji minimum sebanyak RM1,500 sebulan, namun, pendapatan guru-guru KAFA masih berada di bawah paras kemiskinan.

Difahamkan terdapat kira-kira 35,000 guru KAFA di seluruh negara masih dibayar ‘upah’ serendah RM1,000 sebulan walaupun peranan mereka besar dalam mengajar pendidikan Islam kepada anak-anak untuk menjadi Islam sejati dan insan syumul.



Presiden Kesatuan Guru-Guru Agama Malaysia Barat (KKGAMB), Muhd. Fadhli Jusoh dilaporkan berkata, sehingga kini gaji atau dikenali sebagai elaun yang dibayar kepada guru KAFA oleh Jakim adalah sebanyak RM1,000 sebulan.

Ismail Sabri berkata, kerajaan sentiasa memberi perhatian kepada kebajikan guru KAFA dan akan melihat isu melibatkan mereka.

Jelasnya, keprihatinan kerajaan terhadap guru KAFA menyaksikan kerajaan memberikan insentif kepada guru-guru KAFA bersama Imam dan Bilal dalam Bajet 2023. Utusan

Elaun dan perjawatan guru KAFA akan dikaji semula – Ismail




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


The Sara Sisters Dikritik Seksi Melampau



Ameera Khan Memang Fake?

Rishi Sunak ‘pemuja’ Israel



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker