Suspek utama kes tipu pakej perkahwinan ditahan

BENTONG – Seorang lelaki yang sebelum ini dikesan bagi membantu siasatan dalam kes penipuan pakej perkahwinan di daerah ini ditahan di Hentian Plaza Tol Bentong arah Barat di sini pada Jumaat.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Zaiham Mohd Kahar memberitahu, suspek yang berusia 28 tahun itu ditahan selepas anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Komersil (BSJK) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bentong menerima maklumat kira-kira jam 9.30 malam.

“Tangkapan suspek utama dalam kes ini melibatkan tiga kertas siasatan yang disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.



“Reman terhadap suspek telah diperoleh selama empat hari bermula 29 Oktober hingga 1 November ini,” katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Dalam pada itu, Mohd Zaiham juga mengucapkan jutaan terima kasih kepada masyarakat atas kerjasama menyalurkan maklumat sehingga suspek berjaya ditahan.

“Ini jelas membuktikan masyarakat sentiasa membantu polis dalam usaha mencegah dan membanteras jenayah khususnya di bawah pentadbiran Bentong,” jelas beliau.

Sebelum ini, pihak polis telah menerima dua aduan daripada dua mangsa pada Isnin berkaitan penipuan pakej perkahwinan yang ditawarkan sebuah syarikat ‘The Wedding By Fiey’ membabitkan kerugian sebanyak RM20,900.



Kedua-dua mangsa masing-masing iaitu ibu pengantin berusia 57 tahun dan pengantin berusia 28 tahun memaklumkan syarikat itu memperdayakan orang ramai dengan cara membuat pengiklanan pakej perkahwinan di laman Facebook menggunakan nama syarikat terbabit.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);



KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


The Sara Sisters Dikritik Seksi Melampau

Ameera Khan Memang Fake?



Rishi Sunak ‘pemuja’ Israel



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker