Pilihan Di Tangan Anda, Undi Dengan Bijak Untuk Pastikan Malaysia Jadi Pilihan Pelabur – Tengku Zafrul

Pilihan Di Tangan Anda, Undi Dengan Bijak Untuk Pastikan Malaysia Jadi Pilihan Pelabur – Tengku Zafrul

Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Aziz menggesa pengundi muda berusia18-20 yang akan mengundi buat pertama kali pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) untuk melaksanakan hak dan tanggungjawab demokrasi mereka sebagai warganegara untuk mengundi dan memastikan masa depan negara.

“Mengundi adalah sebahagian daripada tanggungjawab sivik anda kerana anda bertanggungjawab bagi masa depan negara anda. Pertaruhannya tinggi kerana keputusannya akan membawa impak kepada penggubalan dasar pada masa depan.



“Pilihan di tangan anda. Adakah anda akan memilih penggubal dasar yang responsif dan bertanggungjawab yang dalam masa yang sama mengambil pendekatan reformis demi anak-anak anda? PRU akan datang akan menjadi penentu bagi anda, jadi pilihlah secara bijak kerana setiap undi adalah penting,” kataya pada Forum Ekonomi Belia 2022 yang bertemakan “Mengemudi haluan positif bagi pembinaan negara dengan ketangkasan, daya tahan dan impak” di sini, hari ini.

Tengku Zafrul berkata negara perlu memulihkan kestabilan untuk menaik kembali pelabur dan komuniti perniagaan antarabangsa.

“Apa cara yang lebih baik untuk melakukan ini selain daripada melahirkan hasrat anda melalui peti undi. Kelaknya, tidak kira apa juga keputusannya, kita perlu merapatkan barisan kerana kita semua #TeamMalaysia, dan Malaysia HARUS menang,” katanya.

PRU15 ialah pilihan raya umum Malaysia pertama yang mana usia mengundi adalah 18 tahun ke atas berbanding 21 tahun sebelum ini. Sejumlah 1,393,549 pengundi berusia antara 18 dan 20 di negara ini akan mengundi buat pertama kali dalam PRU15.– BERNAMA



Pilihan Di Tangan Anda, Undi Dengan Bijak Untuk Pastikan Malaysia Jadi Pilihan Pelabur – Tengku Zafrul

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929



CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




The Sara Sisters Dikritik Seksi Melampau

Ameera Khan Memang Fake?



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker