Kucing universiti, Pak Tam raih perhatian

Gambar Pak Tam yang dimuat naik di laman media sosial @seowth27 bau-baru ini.

Seekor kucing yang diberi nama Pak Tam berjaya mencuri perhatian ramai di media sosial apabila dia dikalungkan dengan kad identiti pelajar Universiti Putra Malaysia (UPM).

Rata-rata orang ramai menyifatkan Pak Tam seperti kucing universiti terpelajar kerana memiliki kad yang tersendiri serta mendapat penempatan di hostel.

“Kucing UPM yang comel ini kelihatan agak berbeza kerana memiliki kad yang sepatutnya hanya dimiliki oleh pelajar sekali gus dilihat seakan-akan dia seekor kucing yang terpelajar,” kata seorang pengguna.

“Wah, Pak Tam seekor kucing berpangkat Doktor Falsafah (PHD) dalam bahasa meow (bahasa kucing). Hebatnya. Hadiah konvokesyen nanti nak bagi apa agaknya,” komen pengguna di Twitter.



“Senangnya dia mendapatkan kad pelajar. Saya pula, hendak mendapatkan kad parking sahaja pun susah,” ujar seorang lagi pengguna.

Dalam pada itu, terdapat juga pengguna yang memuat naik gambar kucing yang terdapat di sekitar kawasan kampus mereka.

“Adakah Pak Tam memiliki adik di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) yang bernama Pak Tam-Tam? Dia merupakan pegawai studio untuk Fakulti Alam Bina dan setiap malam dia melepak dengan budak-budak di studio,” seloroh seorang pengguna.

“Kucing pun sudah ada ijazah, saya pula bila agaknya akan dapat ijazah,” tambah pengguna lain.



Gambar perkongsian yang dimuat naik oleh pengguna Twitter @seowth27 itu setakat ini telah berjaya meraih lebih 24,000 perkongsian dengan lebih 52,000 tanda suka. –

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);



KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Nelayan dakwa dihina dengan perkataan ‘Melayu bodoh, otak udang’

Kembar Najib dan Mahathir



Tayang gambar penyanyi K-Pop depan Kaabah (Video)



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker