Maut tersepit di antara pagar automatik dan dinding

Maut tersepit di antara pagar automatik dan dinding

JOHOR BAHRU: Lelaki Pakistan yang bekerja sebagai pekerja bahagian keselamatan maut tersepit di antara pagar automatik dan dinding sebuah premis perniagaan di Jalan Sri Purnama 5, Kampung Seri Purnama, di sini awal malam tadi.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Johor, memaklumkan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tebrau menerima panggilan kecemasan pada 7.27 malam sebelum menghantar sepasukan empat anggota ke tempat kejadian.



“Pasukan operasi diketuai Pegawai Bomba II, Khairul Azhar Abdul Aziz. Sebaik tiba, didapati seorang lelaki tersepit di antara pagar automatik dan dinding.

“Anggota bomba bertindak membuka pagar automatik terbabit secara manual dengan bantuan pegawai penyelenggara premis perniagaan terbabit,” katanya dalam satu kenyataan.

Katanya, mangsa dikenali sebagai Sami Ur Rahman disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Mayat diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. Operasi ditamatkan pada jam 8.25 malam tadi,” katanya. BH



Maut tersepit di antara pagar automatik dan dinding


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Nelayan dakwa dihina dengan perkataan ‘Melayu bodoh, otak udang’



Kembar Najib dan Mahathir

Tayang gambar penyanyi K-Pop depan Kaabah (Video)



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker