Mana logik, Ismail baru jadi PM – Najmil

Mana logik, Ismail baru jadi PM – Najmil

Taraf pembangkang di negara dipertikaikan kerana mereka akan menghentam pihak kerajaan secara membabi buta tanpa soal selidik dan hanya untuk meraih populariti dan kononnya menjadi juara rakyat.

Exco Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr Najmil Faiz Mohamed Aris berkata, rakyat berhak mengetahui kebenaran dan tidak boleh selamanya dibohong dan ditipu oleh golongan “opportunist” ini.

Mengambil contoh projek naik taraf kompleks Seri Perdana yang bernilai RM 30 juta, beliau berkata, ia telah bermula pada 29 Mac lalu iaitu ketika pentadbiran perdana menteri kelapan (PM8) lagi.

Jelas beliau, projek itu dianugerahkan kepada kontraktor berdasarkan Surat Setuju Terima (SST) adalah pada 22 Mac lalu

“Agensi yang bertanggungjawab ke atas projek ini adalah Kementerian Kerja Raya, bukannya dikeluarkan di bawah Pejabat Perdana Menteri.

“PM-8 yang bertanggungjawab merancang dan meluluskan projek ini bukannya PM-9.

“PM-9, YAB DS Ismail Sabri menjadi PM pada 20 Ogos 2021, ketika ini projek ini sudah pun 60 peratus siap.

“Mana logik baru sebulan lebih jadi PM, projek ini sudah capai 60 peratus?

“Ini adalah taktik lapuk pembangkang untuk mengalihkan tumpuan rakyat daripada isu yang lebih besar,” tulisnya di hantaran Facebook miliknya di sini hari ini.

Semalam, Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata, tindakan kerajaan membelanjakan RM30 juta untuk ubah suai kediaman rasmi perdana menteri, Seri Perdana merupakan satu pembaziran.

“Kenapa kerajaan suka bazir duit untuk pejabat dan kediaman rasmi ni? Sampai RM30 juta?

“Orang tengah susah, lapar dan sakit! Beribu perniagaan kena tutup, orang bankrap, student tak boleh bayar yuran universiti. Bantulah mereka,” katanya dalam hantaran ditwitter.

Najmil Faiz yang Timbalan Ketua UMNO Bahagian Kuala Terengganu berpendapat pembangkang dan puak “opportunist” itu cemburu dengan pencapian dan rancangan Ismail Sabri.

“Semasa mereka menjadi kerajaan pun mereka tidak mampu melaksanakan dasar strategik yang inklusif.

“Yang mereka pakar hanyalah mencipta fitnah dan pembohongan semata-mata,” katanya lagi.

Sementara itu, isu kos baik pulih Seri Perdana itu dibangkitkan oleh Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar yang meminta perdana menteri menyatakan status projek berkenaan yang didakwa membabitkan kos sebanyak RM30 juta serta justifikasi projek terbabit.

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kerja pengubahsuaian dan naik taraf Kompleks Seri Perdana dilakukan setelah mengambil kira faktor-faktor keselamatan perdana menteri.

Katanya. selain itu juga, kos yang dikatakan menelan belanja sehingga RM30 juta itu turut membuat pengubahsuaian terhadap imej dalam menyambut tetamu utama negara.

Jelas Ismail Sabri, status pengubahsuaian kediaman rasmi perdana menteri itu kini mencapai tahap 60 peratus setakat 31 Ogos lalu.
“Pengubahsuaian dan naik taraf kediaman ini perlu dilaksanakan mengambil kira faktor keselamatan perdana menteri.

“Ini juga adalah untuk memastikan imej negara dalam menyambut tetamu utama negara di program rasmi Perdana Menteri,” katanya menerusi jawapan bertulis di Dewan Rakyat. MG

Mana logik, Ismail baru jadi PM – Najmil


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Buat kerja, jangan bagi alasan – Tok Mat

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker