SUV ‘ditelan’ lubang benam dipenuhi air mendidih

 

MOSCOW  –  Orang ramai Sejumlah menyaksikan sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) dengan dua kanak-kanak turut berada di dalamnya ‘ditelan’ sebuah lubang benam yang dipenuhi air panas mendidih, lapor portal berita Daily Mirror semalam.

Empat orang dilaporkan cedera, termasuk seorang daripada dua kanak-kanak yang menaiki SUV  itu. Lubang tersebut terbentuk di Jalan Drovyanaya, bandar raya St Petersburg, Russia kelmarin.



Menurut laporan tempatan, lubang benam itu muncul selepas paip air panas pecah dan menyebabkan tanah serta asfalt di bawah kenderaan tersebut runtuh.

Dalam kejadian itu, pemandu dan anak lelakinya yang berusia 10 tahun melecur dan dihantar ke hospital, manakala seorang lagi kanak-kanak dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaan.

Media tempatan menyatakan,  salah seorang daripada mereka dipindahkan ke unit rawatan rapi kerana melecur lebih 30 peratus pada badannya.

Banyak bandar di Russia mempunyai loji pemanasan gergasi yang menyalurkan air panas ke taman perumahan, manakala paip pecah adalah perkara biasa disebabkan infrastruktur yang semakin ‘tua’.



Kementerian Situasi Kecemasan berkata dalam satu kenyataan yang diperoleh Newsflash: “Kedua-dua mangsa dihantar ke hospital dengan melecur pada bahagian kaki mereka.” – Agensi

 

 

 



Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Yana Najib kongsi ‘surat SPRM’ mengenai Nazlan lepas semakan SRC ditolak



Rahim Maarof koma dalam ICU

Luke Shaw peluk Islam?



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker