PH bakal ada sekutu baru, akan diumum dalam masa terdekat

Pakatan Harapan (PH) dijangka mengumumkan pendiriannya mengenai kerjasama dengan parti pembangkang lain pada pilihan raya umum (PRU) akan datang.

Ketua Penerangan PKR, Fahmi Fadzil tidak menolak kemungkinan PH akan menerima Muda dalam gabungan itu, namun soal kerusi masih belum diputuskan.

Ini kerana menurut ahli parlimen Lembah Pantai itu, PKR telah membuat keputusan untuk bertanding di semua kerusi yang dimenanginya pada PRU 2018 dan kerusi ini tidak akan dirundingkan termasuk dengan Muda.

“Saya lihat peluang (untuk Muda bergabung dengan PH) ada. Tapi bagi PKR, ia belum dibincangkan. Saya rasa tidak lama lagi kita akan buat keputusan yang penting.

“Kita fokus pada kerusi yang PKR menang. Kita akan tanding semula di kerusi yang kita menang (PRU 2018), termasuk kerusi (Parlimen) Ampang, Gombak, Tebrau, Batu Pahat dan Segamat. Ini kerusi yang kita menang, maka kita akan terus bertanding,” katanya seperti dilapor Berita Harian.

PKR memenangi kerusi-keruusi berkenaan pada PRU 2018 lalu, namun wakil rakyatnya keluar parti pada Februari 2022 susulan kejatuhan kerajaan PH.

Mengulas lanjut, Fahmi berkata tumpuan perbincangan kerusi dalam PH kini tertumpu kepada 52 kerusi yang sebelum ini ditandingi Bersatu.

“Saya lihat perbincangan semakin rancak dalam kalangan pimpinan dan tidak mustahil dalam masa terdekat, kita akan buat pengumuman yang bersesuaian,” katanya.

Muda, sebuah parti politik yang ditubuhkan oleh bekas Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman pada September 2020 dan akan bertanding pada PRU akan datang.

Pada 30 Julai, Muda menubuhkan jawatankuasa pemilihan calon untuk mengenal pasti individu yang layak bagi kerusi yang akan ditandingi parti itu pada PRU akan datang.

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Sifu Pemasaran Koyak Selepas Ditanya Soal Kejayaan Bisnes Terdahulu ( Video)

Mat Sabu, Chin Tong dulu rasmi projek yang digantungkah? – Najib

Aiskrim Haagen-Dazs ditarik balik KKM

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker