Buli, khianat, gangsterism di MSRM Kuantan, pelajar dan Ibu-bapa hadapi tekanan

KUANTAN: Seorang penjaga mendakwa anaknya dan pelajar lain menjadi mangsa perbuatan khianat serta gangsterism yang berlaku sejak Jun lalu di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Kuantan, di sini.

Penjaga tersebut mendakwa, walaupun aduan dibuat, pentadbiran MRSM Kuantan belum bertindak khususnya bagi mengesan pelaku perbuatan tersebut. Berkongsi dalam laman Facebooknya, wanita itu yang dipercayai ibu pelajar perempuan tingkatan dua sekolah berkenaan menuntut MRSM Kuantan mencari pelaku tersebut segera dan mengenakan tindakan terhadapnya.

“Kami juga mahu perkara ini diselesaikan dengan segera memandangkan ia telah melibatkan sentuhan badan dan ia bukan lagi kes gangsterism atau perbuatan khianat tetapi kes jenayah yang semakin menjadi-jadi di dalam MRSM Kuantan,” tulisnya dalam Facebooknya.

Dakwanya, sehingga Jumaat lalu anaknya masih dibuli apabila rambutnya dan dua lagi rakan biliknya digunting pendek ketika sedang tidur.

“Anak kami dan pelajar terlibat terus memaklumkan kepada senior dan senior seterusnya maklumkan kepada warden. Kami juga maklumkan perkara ini kepada pegawai penyiasat yang mengendalikan kes dan menasihatkan pihak maktab membuat laporan polis,” katanya.

Dalam pada itu, Nazrah mendakwa, pihak Majlis Amanah Rakyat (Mara) juga lambat bertindak dan memberikan maklum balas walaupun aduan telah pun dibuat.

“Pengetua, Timbalan Pengetua Pembangunan Pelajar (TPPP), Yang Dipertua (YDP) Muafakat, Naib Yang Dipertua Muafakat dan sebahagian Exco Muafakat MRSM Kuantan lambat bertindak dan mengambil sambal lewa kes-kes yang berlaku di dalam maktab ini. Mungkin kesemua mereka menunggu sehingga ada kematian baru nak bertindak.

“Jadi, saya tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang jika pihak maktab dan Mara masih lambat bertindak,” dakwanya.

Dalam pada itu, dia  turut mendedahkan kes membabitkan anaknya bermula pada 17 dan 19 Jun lalu, apabila pakaian seragam sekolah anaknya berwarna biru dijumpai di ampaian telah diconteng dan pakaian bewarna kuning diconteng di bahagian lengan.

Jelasnya, pada 20 Jun lalu, dia menelefon ketua warden untuk mendapatkan maklum balas kes tersebut malangnya dia terkejut dan tidak mengetahui perkara tersebut.

“Setelah disemak, pelajar senior mengakui mereka cuba menyelesaikan sendiri kes tersebut. Jadi persoalan di sini, adakah ini prosedur MRSM untuk kes-kes serius seperti ini membiarkan pelajar senior handle sendiri tanpa memaklumkan kepada warden?.

“Selang dua hari selepas itu, saya  menghubungi sekali lagi ketua warden, namun dimaklumkan mereka masih tidak dapat mencari pelaku,” dakwamya.

Dakwanya, susulan aduan itu anak perempuanya dipanggil oleh lima warden MSRM Kuantan dan dipaksa supaya mengaku bahawa semua perbuatan itu dilakukan olehnya.

“Anak saya adalah mangsa dan melaporkan semua kejadian kepada pelajar senior, namun ia berlaku sebaliknya apabila anak saya pula didakwa sebagai  pelaku oleh pihak sekolah. TPPP maklumkan anak saya telah dirujuk kepada kaunselor sekolah dan mengalami anxiety dan mempunyai stress level tinggi berdasarkan perbualan anak saya bersama-sama kaunselor. TPPP juga menyatakan anak saya perlu dirujuk kepada pakar psikiatri untuk rawatan lanjut.

“Saya kemudian mengambil anak pulang ke rumah pada 15 Julai dan pada 17 Julai dan  telah membawa anak berjumpa pakar psikiatri kanak-kanak untuk memastikan tahap kesihatan mentalnya,” dakwanya.

Sementara itu, dakwanya, satu pertemuan telah dilakukan bersama pentadbir dan pengurusan MRSM Kuantan.

Jelasnya, hasil pertemuan itu, pengetua MRSM Kuantan mengakui terdapat kesilapan dari pihaknya dalam menjalankan sisasatan berhubung kes-kes tersebut sehingga anaknya dipersalahkan.

“Pada 22 Julai, kami telah membuat laporan polis terhadap pihak maktab ke atas kes-kes yang berlaku melibatkan anak kami setelah tidak mendapat jalan penyelesaian semasa pertemuan dengan pihak pengurusan maktab.

“Kami telah memfailkan aduan di Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA) di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar memandangkan Mara  adalah di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB).

“Kami sangat kecewa dengan maklum balas  itu kerana siasatan berat sebelah dan anak kami tidak dipanggil untuk memberi keterangan. Maklum balas Mara juga berbeza dengan kenyataan Pengetua yang mana Mara memaklumkan pihak maktab telah mengikut prosedur yang betul tetapi Pengetua mengakui kesilapan di pihak maktab ketika siasatan dijalankan,” dakwanya.

 

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Sifu Pemasaran Koyak Selepas Ditanya Soal Kejayaan Bisnes Terdahulu ( Video)

Mat Sabu, Chin Tong dulu rasmi projek yang digantungkah? – Najib

Aiskrim Haagen-Dazs ditarik balik KKM

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker