Rasuah guna kripto paling susah nak ‘kantoi’

Rasuah guna kripto paling susah nak ‘kantoi’

Suapan rasuah kini tidak lagi menggunakan pemindahan wang antara bank atau tunai sebaliknya menggunakan transaksi mata wang kripto.

Transaksi mata wang kripto berkenaan tidak mempunyai jejak wang atau money trail memandangkan konsep kaedah berkenaan adalah kerahsiaan.

Pemilihan taktik baru itu antara lain untuk menyukarkan pihak berkuasa melakukan pengesanan sekali gus pembuktian tentang suapan rasuah itu sukar untuk dibuktikan.

Perkara itu turut disahkan oleh Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Azam Baki berhubung kaedah baharu rasuah berkenaan.

Azam berkata, untuk tempoh lima tahun yang akan datang akan memperlihatkan perubahan daripada segi teknologi yang juga bakal menyaksikan kes semakin canggih.

“Sekarang ini pun pembayaran rasuah juga berlaku dalam bentuk mata wang kripto.

“Saya akui, sukar dikesan. SPRM dan Bank Negara Malaysia (BNM) masih mencari jalan penyelesaian cara untuk mengesan pembayaran wang dalam bentuk alam maya.

“Selaras dengan perubahan itu, aktiviti pencegahan pun tidak boleh ditakuk lama, kita perlu melihat kepada bagaimana sistem tadbir urus yang ada sekarang agar relevan dengan perubahan masa dan teknologi,” katanya.

Menjelaskan berhubung mata wang kripto, Presiden Persatuan Siber Malaysia (MCCA) Siraj Jalil berkata, mata wang kripto ini menampilkan sistem atau kaedah kerahsiaan.

“Disebabkan mata wang ini sangat sukar dijejaki, mata wang jenis ini menjadi pilihan bagi kegiatan jenayah, penjualan atau pembelian barang terlarang seperti senjata api dan dadah.

“Lebih membimbangkan apabila penyaluran wang dana kepada organisasi pengganas turut menggunakan medium sama dan ia memberi isyarat jelas bahawa platform mata wang maya ini memberi implikasi negatif yang sangat besar berbanding sudut positif,” katanya.

Menurutnya, mata wang jenis ini yang berasaskan digital sangat terdedah kepada serangan siber dan senario itu sudah berlaku beberapa tahun lalu apabila platform NiceHash kehilangan 4,700 bitcoin bernilai RM260 juta selepas ia digodam individu atau kumpulan tidak bertanggungjawab.

“Aset yang hilang tidak boleh diperoleh kembali kerana ia tidak dilindungi mana-mana insurans seperti sistem kewangan konvensional milik institusi perbankan yang lain.

“Platform ini juga jika diterima kerajaan akan meningkatkan kadar rasuah. Bagaimana pihak berkuasa mahu menyiasat transaksi rasuah jika ia dilakukan dalam bentuk mata wang kripto. Siasatan untuk menemui bukti transaksi forensik boleh dikatakan sebagai mustahil,” katanya. HM

Rasuah guna kripto paling susah nak ‘kantoi’


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Rumah tangga Sakinah, Michael telah berakhir?

Tragedi Berdarah: Kakak baling pisau bunuh adik angkara berebut tempat duduk

Jiran samseng undang kecaman warga maya [VIDEO]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker