Ibu terkejut anak jadi ‘orang minyak’ selepas jatuh longkang

Ibu terkejut anak jadi ‘orang minyak’ selepas jatuh longkang

Sebuah klip video tular di media sosial Indonesia memaparkan seorang wanita terkejut apabila mendapati badan anak perempuannya dipenuhi lumpur hitam pekat akibat terjatuh ke dalam sebuah longkang, lapor laman berita Suara.com.

Video itu dimuat naik dalam akaun Instagram @memomedsos.



Seorang kanak-kanak perempuan kelihatan berdiri di luar rumah ketika menunggu ibunya keluar. Dia kelihatan takut untuk menemui ibunya selain risau akan dimarah.

Ibunya kemudian menghampiri dan dia kemudian cuba menjelaskan perkara yang berlaku walaupun dengan suara yang gagap.

Menurut budak perempuan itu, dia tiba-tiba terjatuh ke dalam lubang yang disyaki longkang ketika cuba berjalan mengundur.

“Macam mana boleh jatuh. Jalan mengundur di mana? Tanya wanita itu.



Bagaimanapun, video tersebut tidak memberikan maklumat lanjut mengenai kejadian tersebut.

Klip video berkenaan mendapat perhatian netizen di ruangan komen.

“Kalau saya pasti sudah panik kerana takut masuk mata atau tertelan air kotor. Tidak sempat fikir untuk merakam, pasti terus dibersihkan,” kata seorang netizen. K Online

Ibu terkejut anak jadi ‘orang minyak’ selepas jatuh longkang




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Rumah tangga Sakinah, Michael telah berakhir?



Tragedi Berdarah: Kakak baling pisau bunuh adik angkara berebut tempat duduk

Jiran samseng undang kecaman warga maya [VIDEO]



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker