Kos bina tandas awam sekangkang kera RM8 juta

Kekurangan fasiliti tandas awam di San Franciso mendorong perbuatan membuang air besar di kaki lima semakin berleluasa. – SF Public Press

SAN FRANCISCO – Pihak pentadbiran bandar raya San Francisco di negeri California, dijangka membelanjakan sehingga AS$1.7 juta (RM8 juta) untuk membina sebuah tandas awam kecil, lapor laman RT kelmarin.

Tandas awam itu dijangka mengambil masa  tiga tahun untuk disiapkan dan diharap dapat mengurangkan aduan penduduk mengenai penemuan najis manusia di kawasan kaki lima yang semakin serius.

Beribu-ribu aduan mengenai najis manusia di kaki lima bandar raya itu diterima  setiap tahun. Ini kerana adalah  sukar untuk menemui walau sebuah tandas awam di San Francisco sehingga penduduk bertindak membuang air besar di kaki lima jalan.

Pemimpin-pemimpin setempat dijadual berhimpun pada petang Rabu depan untuk memaklumkan kejayaan mereka memperoleh pembiayaan negeri untuk tandas mahal tersebut.

Kemudahan itu dilaporkan hanya bersaiz 150 kaki persegi dan tidak akan tersedia untuk digunakan sehingga tahun 2025, jika semuanya berjalan mengikut rancangan.

“Penambahan walau hanya sebuah lagi tandas awam di bandar yang terkenal dengan bilangan kemudahan yang sangat sedikit adalah berita bagus.

“Namun kos pembinaan yang ‘gila’ ini menunjukkan banyak perkara yang tidak kena dengan pentadbiran bandar kita,” kata seorang kolumnis, Heather Knight.

Wakil rakyat, Matt Haney memberitahu Knight bahawa dia berusaha untuk mendapatkan pembiayaan negeri selepas diberitahu anggaran kos oleh Jabatan Rekreasi dan Taman bandar itu.

“Mereka memberitahu saya kos anggarannya adalah AS$1.7 juta maka saya usahakan dana AS$1.7 juta,” jelas Haney.

Anggaran kos itu bersamaan hampir empat kali ganda tanda harga median sebuah rumah di AS, menurut data perumahan kerajaan terkini. – Agensi

 

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


‘Saya dah beri banyak peluru, guna untuk serang mereka

Mahathir minta pertolongan saya – Ku Nan

Tsunami politik sudah berakhir tiba masa BN bangkit

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker