Suami isteri didenda rakam, muat naik gambar bogel di lokasi pelancongan Singapura

SINGAPURA – Sepasang suami isteri di Singapura masing-masing didenda S$14,000 (RM46,260) dan S$9,000 (RM29,738) oleh mahkamah kerana didapati bersalah menghasilkan gambar bogel di tempat awam serta menawarkan perkhidmatan langganan berbayar untuk kandungan seumpamanya, lapor portal berita Coconuts.

Jeffrey Chue Tze Jeong mengaku bersalah dalam beberapa dakwaan termasuk bersubahat untuk merakam gambar bogel isterinya di tempat awam, memuat naik imej tersebut di laman Twitter dan menghalang keadilan dengan menipu bahawa telefon bimbit miliknya hilang.

Isterinya, Nguyen Thi Anh pula mengaku bersalah kerana bergambar bogel di tempat awam dan menghalang proses keadilan.



Berdasarkan perbicaraan di mahkamah, pasangan tersebut adalah sebahagian daripada komuniti dinamakan Undertable Swingers’ Community (USC), di mana ahli-ahlinya sering berkongsi pengalaman dan memuat naik video lucah serta gambar bogel secara terbuka.

Penglibatan Tze Jeong dan Nguyen dalam aktiviti itu bermula apabila mereka memuat naik beberapa gambar tidak senonoh bersama individu lain di platform USC pada 9 Januari 2020, di mana ia kemudian diterima baik oleh komuniti itu.

Didorong oleh ulasan menggalakkan dan bilangan pengikut yang diperoleh, Tze Jeong mula memuat naik gambar-gambar Nguyen dalam pelbagai gaya di tempat awam dengan keizinan wanita itu.

Secara keseluruhan, Nguyen bergambar secara bogel dalam 18 kejadian termasuk di tempat-tempat pelancongan popular dan sibuk seperti Haji Lane, Muzium ArtScience dan Great World City.



Populariti yang diterima pasangan itu di platform USC membuatkan Tze Jeong mewujudkan akaun Twitter dan berterusan memuat naik gambar-gambr bogel isterinya. Dia bahkan menghasikan pelan perniagaan dengan pilihan langganan bagi mengaut keuntungan daripada aktiviti itu.

Satu laporan polis dibuat mengenai aktiviti mereka sebelum pasangan itu ditahan pada 18 Mei 2020 dan rumah mereka digeledah kerana disyaki terlibat dengan aktiviti pelacuran.

Tze Jeong turut membuat kenyataan palsu kepada polis dengan mendakwa bahawa telefon bimbitnya hilang sedangkan ia disimpan oleh seorang rakannya di dalam sebuah beg.

Hakim daerah, Janet Wang ketika menjatuhkan hukuman berkata, gaya hidup seseorang merupakan hal peribadi setiap individu.



Namun menurutnya, isu itu telah menjangkau ruang awam dengan adanya gambar-gambar bogel yang dimuat naik secara online selain pasangan itu turut mengaut keuntungan daripada hobi aneh mereka. – Agensi

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);



KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Zahid Hamidi Sindir Hadi Awang “Jangan ‘Main-Main’ Dengan Durian”

Ismail Sabri adalah calon PM muktamad dari UMNO – Presiden UMNO



Nurul Nazihah yang retung dalam kemalangan baru pulang umrah seminggu

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker