Pemuda UMNO Muar buat laporan terhadap Syed Saddiq

Pemuda UMNO Muar buat laporan terhadap Syed Saddiq

PEMUDA UMNO Bahagian Muar membuat laporan polis ke atas Presiden MUDA, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman kerana membuat tuduhan tidak berasas terhadap parti itu.

Ketua Pemuda UMNO Muar, Mohd Helmy Abd Latif berkata, Syed Saddiq dan beberapa pemimpin parti itu telah menuduh pihaknya membuat provokasi dan kekacauan ketika ceramah mega MUDA Muar yang berlangsung semalam.



Beliau berkata, tuduhan itu dibuat dalam bentuk ucapan dan beberapa hantaran dalam twitter dengan menuduh Pemuda UMNO sebagai kumpulan yang mencetuskan kekecohan semasa Syed Saddiq sedang berucap di perkarangan pejabat parti itu di Muar.

“Untuk pengetahuan semua, keseluruhan jentera Pemuda UMNO Bahagian Muar terlibat secara langsung dalam Mesyuarat Perwakilan UMNO dan juga Pelancaran Jentera Pilihan Raya pada hari semalam.

“Secara logiknya mustahil bagi kami untuk meluangkan masa melakukan sesuatu yang tidak langsung mendatangkan faedah kepada parti.

“Justeru, kerana melihat kepada usaha untuk melemparkan fitnah amat mudah oleh pimpinan MUDA ini, saya mengambil keputusan untuk membuat laporan polis,” katanya di pekarangan Ibu Pejabat Polis Daerah Muar, hari ini.



Mohd Helmy berkata, beliau juga telah berbincang dengan peguamnya untuk membuat tindakan saman terhadap mereka yang telah menuduh Pemuda UMNO dalam kes tersebut.

Beliau menegaskan, Pemuda UMNO khasnya Bahagian Muar secara keseluruhannya menolak politik secara provokasi sebegini dan ialah adalah budaya yang tidak diamalkan oleh pertubuhan itu. E9

Pemuda UMNO Muar buat laporan terhadap Syed Saddiq


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Zahid Hamidi Sindir Hadi Awang “Jangan ‘Main-Main’ Dengan Durian”

Ismail Sabri adalah calon PM muktamad dari UMNO – Presiden UMNO



Nurul Nazihah yang retung dalam kemalangan baru pulang umrah seminggu



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker