Wakil rakyat Turkiye pecah telefon sendiri guna tukul tanda protes
ANKARA – Seorang wakil rakyat Turkiye bertindak memecahkan telefon pintarnya menggunakan tukul semasa berucap pada sidang Parlimen, lapor laman berita Republic World semalam.
Wakil rakyat daripada parti pembangkang, Parti Rakyat Republikan, Burak Erbay memusnahkan telefonnya kerana membantah rang undang-undang (RUU) yang dicadangkan kerajaan bagi membanteras maklumat palsu di internet.
Pengkritik-pengkritik berkata, RUU itu akan menyekat kebebasan akhbar dan media sosial di Turkiye.
Video Erbay yang dikongsi di laman Twitter, memaparkan beliau memecahkan telefonnya tanpa teragak-agak.
“Jika RUU ini diluluskan, hilanglah hak kebebasan bersuara yang ada pada rakyat.
“Oleh sebab itu wahai saudaraku semua, musnahkanlah telefon pintar anda kerana selepas ini, kebebasan bersuara anda di laman Instagram, Facebook dan YouTube tidak lagi boleh digunakan seperti sedia ada,” katanya lalu mengetuk telefon pintarnya dengan menggunakan tukul.
Mempertahankan RUU tersebut, Presiden Recep Tayyip Erdogan menegaskan bahawa ia perlu bagi memerangi maklumat salah dan berita palsu.
“Peningkatan jumlah berita palsu dan fasisme digital adalah ancaman kepada pentadbiran nasional dan global,” tegasnya. – Agensi
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Saya malu untuk ceroboh kawasan lain – Khairy
- Selepas Istana Selangor dedahkan, MB Selangor akhirnya akui tidak pernah mohon untuk bubar DUN
- Kedai Shuib dirempuh kereta, mungkin pemandu ingat drive thru
- Ekonomi global dalam bahaya – Bank Dunia
- Pertemuan terakhir PAS dan UMNO pada 12 Oktober
- Hadi mula menyerang UMNO
- Bubar DUN semua negeri PH – Ramkarpal
- STF sahkan ada campur tangan pelantikan hakim zaman PH
- Populariti Najib jadi ‘X factor’ dalam PRU15
- Ahli Parlimen UMNO yang khianat parti kini susah hati kerana akan gagal pertahankan kerusi dalam PRU-15
- Bekas Pelajar DDNK Pula Cerita Pengalaman Tak Best Sertai Kelas Saham
- Baby Shima Sindir PU & Ustazah ‘Online’ Pasal Kes Amang Seksual
- PH muktamad tiada kerjasama dengan GTA, PN
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Adi Putra, Beto, Syamsul tiada dalam prekuel Mat Kilau
You must be logged in to post a comment.