Kepala tong gas tercabut semasa memasak punca restoran hangus terbakar

Nisah (kiri) menunjukkan keadaan restorannya yang musnah dalam kebakaran di Jalan Kadir Adabi, Kota Bharu hari ini.

KOTA BHARU – Seorang peniaga mengalami kerugian hampir RM50,000 selepas kepala pada bahagian tong gas di dapur restorannya di Jalan Kadir Adabi di sini hari ini tercabut sehingga mengakibatkan kebakaran.

Kejadian berlaku kira-kira pukul 12.55 tengah hari semasa mangsa, Nisah Awang,52, sedang memasak di dapur restorannya itu.

Menurut Nisah, semasa sedang memasak, dia menyedari salah satu kepala bahagian tong gas tercabut sebelum ia mengeluarkan bau gas yang kuat.

“Saya cuba mengheret tong gas berkenaan keluar sehingga ke bahagian tengah kedai, namun api di dapur semakin marak dan terus menyambar tong gas itu.



“Saya agak panik apabila melihat api menyambar dan hampir terkena kedua belah tangan. Mujur saya sempat melepaskan tong gas itu dan melarikan diri melalui pintu belakang,”katanya ketika ditemui Kosmo! di lokasi kejadian.

Nisah berkata, dia bersyukur apabila sempat menyelamatkan diri meskipun api merebak dengan cepat.

Menurutnya, bagaimanapun, dia agak sedih apabila restoran yang menjadi tempatnya mencari rezeki sejak 22 tahun lalu itu musnah dalam sekelip mata.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Bharu, Zukeri Shafie berkata, tiga buah jentera bomba bersama anggota BBP Kota Bharu, Darul Naim dan Pengkalan Chepa bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan.



“Anggota bomba berjaya mengawal api dari terus merebak ke kedai berhampiran. Kebakaran itu menyebabkan hampir 85 peratus restoran itu musnah.

“Kita masih menjalankan siasatan bagi mengenal pasti punca kebakaran dan jumlah kerugian dalam kejadian tersebut,” katanya.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392



Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Akar umbi PAS mahukan MN – Khairuddin



Adi Putra, Beto, Syamsul tiada dalam prekuel Mat Kilau

Musim YB salam B40 sudah tiba



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker