Isu tarik balik Vaksin AstraZeneca, KP Kesihatan akan keluar kenyataan

Isu tarik balik Vaksin AstraZeneca, KP Kesihatan akan keluar kenyataan

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Muhammad Radzi Abu Hassan akan mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung isu vaksin AstraZeneca dalam tempoh terdekat.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, berkata segala persoalan akan dijawab dan diedarkan dalam kenyataan itu.



“Kita sudah ada jawapan (berkaitan vaksin AstraZeneca) dan akan dijawab serta diedarkan dalam kenyataan media.

“Datuk Ketua Pengarah (Kesihatan) akan mengeluarkan kenyataan rasmi (dalam tempoh terdekat),” katanya pada sidang media hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai bila Kementerian Kesihatan (KKM) akan mengeluarkan kenyataan rasmi berkaitan penarikan vaksin AstraZeneca.

Syarikat farmaseutikal global Britain-Sweden, AstraZeneca menarik balik vaksin COVID-19 di seluruh dunia, lapor Telegraph baru-baru ini.



Menurut laporan itu, vaksin berkenaan tidak lagi boleh digunakan di Kesatuan Eropah (EU) selepas syarikat itu secara sukarela menarik balik ‘kebenaran pemasarannya’.

Permohonan menarik balik vaksin itu dibuat pada 5 Mac dan berkuat-kuasa mulai 7 Mei lalu.

Permohonan serupa akan dibuat di United Kingdom dan negara lain yang sudah meluluskan vaksin itu dikenali sebagai Vaxzevria pada bulan depan.

Sementara itu, menurut AstraZeneca, pihaknya memulakan penarikan vaksin COVID-19 di seluruh dunia kerana lebihan vaksin terkini yang tersedia sejak pandemik itu.



Syarikat itu juga berkata, pihaknya akan terus menarik balik kebenaran pemasaran vaksin Vaxzevria di Eropah. BH

Isu tarik balik Vaksin AstraZeneca, KP Kesihatan akan keluar kenyataan

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Kid dan Din tipu, Denden terperangkap – Amy

Netizen kecam Ning Baizura tak kenal Rafah



Punca Aliff curang kerana kesan selalu dibuli di sekolah – Aisyah Aziz

Geng bertopeng bagi ikan Siakap percuma (Video)



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker