Tommy, Majlis Peguam tidak beri kerjasama kepada STF

Tommy, Majlis Peguam tidak beri kerjasama kepada STF

Bekas Peguam Negara Tan Sri Tommy Thomas tidak memberi sebarang kerjasama terhadap Pasukan Petugas Khas (STF) Siasatan Ke Atas Dakwaan-Dakwaan Dalam Buku Bertajuk ‘My Story: Justice In The Wilderness’.

Pasukan itu dalam laporan yang disiapkan dan telah dihantar kepada kerajaan menyatakan Majlis Peguam turut menolak untuk bekerjasama dengan mereka.

Menurutnya, Tommy menolak untuk bekerjasama dengan PPK dalam satu surut bertarikh 5 Januari 2022 kepada pengerusi pasukan itu.

“Yang menyatakan dengan tegas bahawa dia tidak akan bekerjasama atau mengambil bahagian dalam prosiding STF

“Pada pandangan kami, Tommy seolah-olah menganggap bahawa STF telah dibentuk oleh Kabinet untuk menyiasat perlaksanaan budi bicaranya sebagai pendakwa raya di bawah Perkara 145(3) Perlembagaan Persekutuan untuk memulakan, menjalankan atau menghentikan prosiding yang bersifat jenayah.

“Pandangannya tidak berasas. Dia nampaknya telah salah faham tentang peranan dan tugas STF,” katanya dalam laporan tersebut.

STF menengaskan pasukan itu tidak akan bertindak sebagai pengganti kepada siasatan jenayah yang sewajarnya oleh polis atau SPRM.

Kuasa siasatan telah dan akan sentiasa diberikan kepada agensi penguatkuasaan di bawah undang-undang yang berkaitan.

Katanya, agensi penguatkuasa bagaimanapun boleh merujuk kepada laporan kami sebagai asas untuk memulakan hala tuju tertentu dalam siasatan mereka tetapi itu sepenuhnya atas pertimbangan mereka.

Menurut STF, pasukan itu juga menjemput Majlis Peguam untuk memberikan pandangan mengenai beberapa perkara yang didedahkan oleh Tommy dalam bukunya.

“Khususnya berkaitan pelantikan hakim, dakwaan kekurangan kecekapan dalam undang-undang komersial di mahkamah rayuan dan etika profesional.

“Namun kami kesal kerana Majlis Peguam melalui setiausahanya menyatakan bahawa mereka tidak berminat untuk mengambil bahagian kerana mereka tidak dapat mengesahkan atau mengulas dakwaan yang dibuat oleh Tommy dalam buku itu,” katanya.

Laporan lebih 800 muka surat yang disediakan oleh PKK yang ditubuhkan akhir tahun lalu bagi meneliti dakwaan Tommy telah dibentangkan kepada Kabinet bulan lepas.

STF turut mendedahkan walaupun Tommy layak untuk dilantik ke jawatan tersebut tetapi dia kurang pengamalan dan kemahiran untuk mengetuai sebuah jabatan kerajaan yang besar seperti Jabatan Peguam Negara yang mempunyai 2,000 pegawai undang-undang dan kakitangan sokongan.

Tommy juga kurang pengalaman dan tidak mengambil atau memulakan sebarang langkah untuk memperbaiki kelemahan yang terdapat pada dirinya.

Menurut STF, satu-satunya langkah yang diambil Tommy ialah melantik peguam luar pilihan sendiri atas perbelanjaan Kerajaan Persekutuan

STF telah membuat 37 sesi perbincangan dan telah mengenal pasti bidang utama dalam buku itu yang memerlukan siasatan.

Laporan awal mengariskan 19 dakwaan yang didedahkan dalm buku tersebut.

Manakala laporan akhir siasatan dibuat dari 23 Disember 2021 hingga 25 Ogos 2022.

STF telah mengadakan perbincangan pihak-pihak berkepentingan iaitu 14 pihak meliputi jabatan dan individu perseorangan. MG

Tommy, Majlis Peguam tidak beri kerjasama kepada STF


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


100 anggota polis sujud mohon maaf

Neelofa akhirnya tunjuk wajah Bilal

PU Azman didakwa lakukan amang seksual terhadap dua remaja lelaki

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker