PM, kerajaan, SPR mohon batal saman pemula oleh Charles Santiago

#PRU15

PM, kerajaan, SPR mohon batal saman pemula oleh Charles Santiago

Kerajaan Malaysia, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menyatakan bahawa keputusan membubarkan Parlimen adalah kuasa perogatif Yang di-Pertuan Agong mengikut Perkara 40(2)(b) dan Perkara 55(2) perlembagaan.
Advertisement

Ketiga-tiga pihak itu yang dinamakan selaku defendan dalam saman pemula difailkan penyandang kerusi Parlimen Klang, Charles Santiago menegaskan berdasarkan peruntukan itu, Agong boleh mengikut budi bicara baginda tanpa perlu mendapatkan nasihat Jemaah Menteri di bawah Perkara 40(1) dan Perkara 40(1A) Perlembagaan Persekutuan.



Menurut defendan dalam permohonan mereka untuk membatalkan saman pemula itu, kuasa Yang di-Pertuan Agong dalam membuat pengisytiharan pembubaran Parlimen Ke-14 mengikut Perkara 55(2) dan Perkara 40(2)(b) Perlembagaan Persekutuan tidak boleh diadili dan tidak boleh dipertikaikan di mahkamah.

“Alasan untuk membatalkan saman ini antaranya adalah, saman pemula berkenaan mengaibkan, remeh atau menyusahkan, atau adalah suatu penyalahgunaan proses mahkamah yang serius.

“Saman pemula ini juga dibuat dengan alasan bahawa ia tidak mendedahkan kausa tindakan mahu pun kausa tindakan yang munasabah ke atas kami,” kata defendan.

Dalam permohonan itu, mereka juga turut memohon supaya prosiding saman pemula itu digantung hingga permohonan mereka untuk membatalkannya diputuskan Mahkamah Tinggi mengikut Aturan 18 Kaedah 19(1)(a) atau (b) dan (d) Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012.



Charles memfailkan saman pemula berkenaan pada 11 Oktober lalu, dengan memohon perisytiharan bahawa permintaan Ismail kepada Yang di-Pertuan Agong pada 9 Oktober lalu untuk membubarkan Parlimen Ke-14 menyalahi Perkara 40(1) dan (1A) Perlembagaan Persekutuan kerana tidak dibuat berdasarkan nasihat atau kuasa am Kabinet.

Menurut plaintif, pada 16 Disember 2021, lekukan tropika di Pantai Timur Malaysia menyebabkan hujan lebat di seluruh Semenanjung Malaysia selama tiga hari dan mengakibatkan banjir di lapan negeri yang menyebabkan 54 kematian dan lebih 71,000 orang hilang tempat tinggal di Semenanjung dan dianggarkan 125,000 orang terjejas.

Sementara itu, defendan berkata, isu keesahan permintaan pembubaran Parlimen oleh Ismail Sabri kepada Yang di-Pertuan Agong adalah bersifat akademik kerana Yang di-Pertuan Agong sudah memperkenankannya mengikut Perkara 40(2)(b) dan Perkara 55(2) Perlembagaan dan seterusnya membubarkan Parlimen Ke-14.

Defendan berkata, perisytiharan dan pembubaran Parlimen adalah kuasa Yang di-Pertuan Agong di bawah Perlembagaan Persekutuan yang mana yang mana badan kehakiman selaku penjaga kepada keadilan (guardian of justice) perlu memelihara prinsip keperlembagaan ini.



SPR mempunyai tugas keperlembagaan di bawah Perkara 55(4) dan dibaca bersama Perkara 113(1) Perlembagaan untuk mengadakan pilihan raya umum dalam masa 60 hari selepas pembubaran Parlimen.

“Kuasa SPR untuk mengadakan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) dalam masa 60 hari selepas pembubaran Parlimen Ke-14 adalah suatu perkara yang tidak boleh diadili.

“Plaintif tidak dapat mengekalkan sebarang bentuk relif yang mempunyai kesan sama dengan mencabar kuasa Yang di-Pertuan Agong untuk pembubaran Parlimen Ke-14 dan seterusnya menghalang PRU15 untuk diadakan.

“Plaintif juga tidak dapat mengekalkan (sustain) sebarang bentuk relif yang mempunyai kesan sama dengan injunksi atau pelaksanaan spesifik terhadap kami sepertimana diperuntukkan di bawah Seksyen 29 Akta Prosiding Kerajaan 1956,” katanya.



Jelas semua defendan, sebarang cabaran terhadap sesuatu perjalanan pilihan raya tidak boleh dipersoalkan kecuali melalui petisyen pilihan raya seperti yang diperuntukkan di bawah Perkara 118 Perlembagaan Persekutuan. BH

PM, kerajaan, SPR mohon batal saman pemula oleh Charles Santiago


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Akar umbi PAS mahukan MN – Khairuddin

Adi Putra, Beto, Syamsul tiada dalam prekuel Mat Kilau



Musim YB salam B40 sudah tiba

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker