Suami dikritik hodoh, tidak sepadan dengan isteri cantik
HOUSTON, TEXAS – Seorang lelaki di negeri Texas menjadi mangsa kecaman netizen yang mengkritik rupa parasnya kerana didakwa tidak sepadan dengan isterinya yang jelita lagi menarik, lapor portal berita MailOnline semalam.
Lelaki dikenali sebagai Scott itu dan isterinya, Divine, berkenalan pada 2017 menerusi laman Facebook sebelum menjalin hubungan cinta jarak jauh kerana wanita terbabit berasal dari Filipina.
Pada November 2017, Scott melawat Divine di Filipina buat kali pertama dan kemudian melamarnya. Mereka meneruskan percintaan jarak jauh selama empat tahun sehingga Divine berpindah ke Amerika Syarikat (AS) dan pasangan itu seterusnya berkahwin.
Pada tahun lepas, suami isteri itu mula mendapat perhatian apabila berkongsi cerita cinta mereka dalam beberapa klip video di laman TikTok.
Mereka bagaimanapun menjadi mangsa ‘mulut jahat’ netizen yang mendakwa, Divine mengahwini Scott kerana dia seorang yang ‘berduit’ selain sebagai alasan untuk tinggal di AS.
Menurut Scott, dia menghidap penyakit autoimun kronik digelar Scleroderma yang bermula ketika usianya 13 tahun. Penyakit itu mengubah penampilannya, namun lelaki berkenaan tidak menyangka keadaan akan menjadi teruk seperti itu.
“Disebabkan anda (netizen) sering mengatakan perkara sama berulang kali, ia sudah tidak memberi kesan kepada saya.
“Kami hanya dua manusia normal. Terdapat individu di luar sana yang tidak mengambil kisah rupa paras anda dalam bercinta,” kata Scott ketika menjawab mengenai komen kejam daripada netizen.
Sementara itu, berdasarkan sebuah video di TikTok, pasangan tersebut menyenaraikan soalan-soalan kejam yang diterima daripada netizen.
“Wanita itu mempergunakannya. Amat sedih sekali kerana dia (Scott) tidak menyedarinya,” kata seorang netizen.
“Apabila anda (Scott) pergi bekerja, saya sangsi bahawa dia (Divine) akan setia kepada anda,” ujar netizen lain. – Agensi
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Giliran siapa pula tuduh PRU15 paling kotor dalam sejarah?
- Saman kerana bubar Parlimen tindakan derhaka kepada Agong
- Kerajaan bubar kerana ‘boss’ PN – Ismail
- Battersea Power Station kejayaan kerajaan BN
- Anwar malas layan Mahathir
- Mahathir buat-buat tak tahu
- Aliff Syukri didakwa bersabit kes video bersifat sumbang
- Bayaran tol enam lebuh raya Lembah Klang bakal turun
- PKR didakwa dalang buat panggilan provokasi terhadap BN
- Tak mustahil Sanusi menghadap Sultan mohon bubar DUN Kedah
- PH buat pusingan U, adakan PRN serentak PRU15?
- Kenyataan saya disalah tafsir lawan – Zahid
- Abang beri 2 sebab utama Ismail Sabri bubar parlimen
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
100 anggota polis sujud mohon maaf
PU Azman didakwa lakukan amang seksual terhadap dua remaja lelaki
You must be logged in to post a comment.