Janda Baik ‘dihentam’ kepala air

Janda Baik ‘dihentam’ kepala air

BENTONG – Kejadian banjir terburuk yang berlaku di Janda Baik di sini semalam, didakwa turut membawa kepala air sehingga memusnahkan harta benda penduduk dalam sekelip mata.

Seorang mangsa, Kamarul Azzra Rais, 34, berkata, kejadian itu bukan sahaja menyebabkan rumahnya dinaiki air, malah sebuah kereta jenis Proton Saga FLX miliknya yang diletakkan di tepi jalan turut musnah selepas dihanyutkan kepala air.

“Tiada apa yang boleh saya lakukan semasa kejadian selain menyelamatkan isteri serta tiga orang anak yang berumur satu hingga tiga tahun dengan membawa mereka ke tempat lebih selamat.

“Semasa kejadian, saya dan isteri terpaksa memijak barang-barang rumah yang terapung sambil menggendong tiga anak.

“Saya kemudian terpaksa mencampakkan mereka ke luar rumah melalui tingkap kerana air sudah naik sehingga pada paras dada,” katanya semalam.

Menurutnya, semua peralatan rumah seperti televisyen, peti ais, mesin basuh dan perabot tidak sempat diselamatkan kerana air naik dengan begitu cepat sekali.

Katanya, kejadian turut menyebabkan beberapa bahagian rumahnya mengalami kerosakan selain meninggalkan lumpur tebal sehingga paras lutut.

“Banjir kali ini amat memberi kesan kepada saya yang terpaksa menanggung kerugian mencecah puluhan ribu ringgit termasuk kehilangan satu-satunya kereta yang saya ada,” ujarnya.

Sementara itu, seorang lagi mangsa, Mazdi Mat Zin, 53, berkata, kejadian banjir kali ini amat mengejutkan kerana disifatkan yang terburuk pernah dialaminya selama dia menetap di kawasan berkenaan.

Ujarnya, dalam kejadian banjir sebelum ini, air naik sekitar laman rumah sahaja, namun kali ini air memasuki kediamannya.

“Ketika kejadian, saya sedang tidur sebelum dikejutkan dengan panggilan daripada isteri yang memaklumkan air telah masuk ke dalam bilik air dan dapur rumah,” ujarnya. K Online

Janda Baik ‘dihentam’ kepala air


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


5 anggota polis disyaki curi barang kemas ketika serbuan

Sharifah Sakinah dikecam jahil samakan tandas dengan syurga

Kecoh Britney Spears belanja gambar bogel

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker