Pelakon Veteran Pak Lan Semakin Uzur,”Mata Pula Dibutakan, Kedua-dua Kaki Dijangkiti Kuman,”

Pelakon Veteran Pak Lan Semakin Uzur,”Mata Pula Dibutakan, Kedua-dua Kaki Dijangkiti Kuman,”

LAMA tidak mendengar khabar, rupa-rupanya keadaan kesihatan pelakon veteran Roslan Saleh atau Pak Lan kini semakin uzur.

Pemilik agensi umrah UT Travel & Tours, Ustaz Taufik yang kerap menziarahi Pak Lan berkata, pelakon itu sudah tidak dapat melihat lagi memandangkan saraf matanya sudah dimatikan oleh doktor.

“Keadaan dia sekarang memang semakin uzur. Doktor dah matikan saraf mata, jadi memang dia tak boleh tengok langsung seumur hidup.



“Sebelum ini mata dia memang dah tak berapa terang, nampak tapi kabur. Tapi disebabkan kepala dia kerap sakit berdenyut-denyut, jadi doktor terpaksa matikan saraf mata.

“Proses itu dilakukan sekali gus ketika dia jalani pembedahan kaki yang sudah dijangkiti kuman. Dia dah tak boleh jalan sejak beberapa lalu disebabkan kedua-dua kakinya sudah dijangkiti kuman.

“Sekarang ini, isteri dan anak dia yang bantu untuk uruskan dirinya. Mujur isterinya masih sihat dapat bantu uruskan apa yang patut,” katanya kepada Gempak.

Sementara itu, Ustaz Taufik turut memberitahu, Pak Lan sebelum ini tetap meneruskan berniaga di tepi jalan biarpun dalam keadaan kurang sihat.



“Sebelum ini, dia memang berniaga walaupun dalam keadaan sakit. Anak dia yang bantu sekali berniaga di tepi jalan. Sampai sekarang dia masih berniaga tapi anaknya yang uruskan.

“Kalau ada permintaan di stesen minyak, anak dia akan hantar. Tapi kalau tak laku, barang niaga tu akan dipulangkan semula. Itulah sumber pendapatan Pak Lan.

“Dari dulu Pak Lan memang tak ada nak minta bantuan, selagi dia boleh berniaga, dia akan usaha cari duit sendiri. Cuma, saya sendiri yang berharap orang ramai boleh menghulurkan bantuan memandangkan keadaannya sekarang sudah uzur,” ujarnya.

Ustaz Taufik turut memaklumkan, mereka yang ingin membantu meringankan beban boleh berbuat demikian dengan menghubungi isteri atau anak-anaknya.



Terdahulu, Pak Lan menjalankan perniagaan kecil-kecilan menjual daging dendeng, sambal lado dan sambal hitam belimbing buluh dari rumah semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada 2020.

Pak Lan tidak lagi aktif berlakon semenjak keadaan kesihatannya yang semakin merosok sejak 2018. GEMPAK

Pelakon Veteran Pak Lan Semakin Uzur,”Mata Pula Dibutakan, Kedua-dua Kaki Dijangkiti Kuman,”

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Wanita ‘korek’ bayi dari perut ibu berdepan hukuman mati

Lelaki panik tangan misteri muncul bawah pintu tandas awam

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
%d bloggers like this:

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker