Hasnol GV8 Cerai Isteri Selepas 12 Tahun Berkahwin “Mana Maruah Saya Sebagai Lelaki?” [VIDEO]

"Saya Mengakui Sudah Lama Tidak Mempunyai Pendapatan Tetap"

Hasnol GV8 Cerai Isteri Selepas 12 Tahun Berkahwin “Mana Maruah Saya Sebagai Lelaki?” [VIDEO]

PENYANYI Hasnol mendedahkan punca sebenar perceraiannya dengan isteri, Marina Mohin adalah disebabkan masalah kewangan yang dihadapinya sejak sekian lama.

Hasnol atau Hasnol Hassan Ariff, 52, berkata, disebabkan perkara itu juga perkahwinan mereka mula goyah sehingga tiada lagi persefahaman di antara mereka dan membawa kepada perceraian.

“Saya mengakui sudah lama tidak mempunyai pendapatan tetap.

“Tidak dinafikan keadaannya (Marina) lebih stabil berbanding diri saya… mana maruah saya sebagai lelaki kalau saya tidak dapat menanggung segala-galanya?

“Jadi, saya mengambil keputusan untuk mengundur diri,” katanya kepada mStar.

Terdahulu, Hasnol melafazkan cerai talak satu terhadap Marina, 52, di hadapan Hakim Syarie, Mohd Syafiq Ibrahim pada pukul 12.18 tengah hari, Khamis.

Lafaz itu dibuat penyanyi Laguku Untukmu itu di Mahkamah Syariah Daerah Hulu Langat, Bangi.

Sementara itu, Hasnol berkata, dia turut memberikan hak penjagaan anak perempuan mereka kepada Marina dan berharap mampu mencari pendapatan tetap selepas ini.

“Bekas isteri lebih layak dalam hak penjagaan anak kami kerana dia mempunyai kerja tetap.

“Insya Allah, jika dibuka pintu rezeki semula, saya akan bertanggungjawab bukan hanya anak saya bersama

Marina tetapi anak-anak yang lain dengan bekas isteri pertama,” katanya yang akur dengan perceraian tersebut.

Untuk rekod, ini bukan kali pertama perkahwinan pasangan ini bergolak sejak berkahwin pada 2010 malah pada 2015 rumah tangga mereka pernah berantakan namun masalah itu diselesaikan secara baik.

Menerusi perkahwinan pertama dengan bekas isteri, Akhmarzuraikha Salleh, 52, Hasnol turut dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Aqeef Hayyat, 27, Aqeef Hilman, 24 dan Hanna Aeesya, 18 tahun.

Manakala Marina turut mempunyai tiga cahaya mata iaitu Zafirah, 28, Ilya Zulaikha, 27 dan Muhammad Aliff Imran, 22, hasil perkahwinan dengan bekas suami pertama.mSTAR

Hasnol GV8 Cerai Isteri Selepas 12 Tahun Berkahwin “Mana Maruah Saya Sebagai Lelaki?” [VIDEO]

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Wanita ‘korek’ bayi dari perut ibu berdepan hukuman mati

Lelaki panik tangan misteri muncul bawah pintu tandas awam

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker