Seludup keluar ular sawa dalam seluar

Seludup keluar ular sawa dalam seluar

Seorang lelaki di New York City telah didakwa menyeludup tiga ekor ular sawa Burma dalam seluarnya di persimpangan sempadan Amerika Syarikat (AS)-Kanada.

Calvin Bautista, 36, dituduh membawa ular yang disembunyikan itu ke dalam bas yang melintasi utara New York pada 15 Julai 2018.

Pengimportan ular sawa Burma dikawal oleh perjanjian antarabangsa dan oleh peraturan persekutuan yang menyenaraikannya sebagai ‘memudaratkan manusia’.
Bautista, dari Queens, telah dihadapkan ke mahkamah Selasa lalu di Albany atas pertuduhan penyeludupan persekutuan dan dibebaskan sementara menunggu perbicaraan, menurut siaran berita dari pejabat Peguam AS, Carla B Freedman.

Arahan untuk mendapatkan maklum balas dari peguam Bautista telah dikeluarkan.

Pendakwa raya memaklumkan, jika disabitkan kesalahan, Bautista berdepan dengan hukuman maksimum penjara 20 tahun dan denda setinggi AS$250,000 (RM1.16 juta).

Hal berkaitan import ular sawa Burma dikawal ketat dalam perjanjian antarabangsa dan tersenarai dalam peraturan negara sebagai haiwan yang memudaratkan manusia.

Ular sawa Burma adalah salah satu spesies ular terbesar di dunia serta dianggap sebagai spesies haiwan terancam di Asia dan Florida. BH

Seludup keluar ular sawa dalam seluar


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Wanita ‘korek’ bayi dari perut ibu berdepan hukuman mati

Lelaki panik tangan misteri muncul bawah pintu tandas awam

Pemuda cekik saudara sendiri, gantung mayat pada paip

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker