Pimpinan Bersatu perlu diubah – Eddin

Pimpinan Bersatu perlu diubah – Eddin

Seorang pemimpin Bersatu mendakwa parti itu memerlukan perubahan pimpinan tertinggi untuk menghadapi PRU16 tetapi mesti dilakukan secara ‘tertib’.

Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Eddin Syazlee Shith berkata parti itu yang akan mengadakan pemilihan tahun depan mempunyai kelompangan atau kelemahan yang perlu diisi supaya lebih mantap membantu Perikatan Nasional (PN).



Bekas Ahli Parlimen Kuala Pilah itu tidak memperincikan kekurangan dimaksudkan dalam parti diketuai Muhyiddin Yassin berkenaan atau menamakan mana-mana pemimpin yang harus berundur atau diganti.

Namun beliau merujuk peralihan sokongan empat Ahli Parlimen Bersatu kepada Perdana Menteri Anwar Ibrahim, dengan alasan demi pembangunan serta kebajikan kawasan diwakili mereka.

Mereka terdiri daripada Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar); Suhaili Abdul Rahman (Labuan); Azizi Abu Naim (Gua Musang); dan Zahari Kechik (Jeli).

Eddin turut berkata pemimpin seperti ketua pembangkang Hamzah Zainudin yang kini memikul tugas setiausaha agung Bersatu berkebolehan menggalas tanggungjawab lebih besar.



“Saya tengok ramai tokoh dalam Bersatu seperti setiausaha agung (Hamzah) mungkin boleh memberikan penambahbaikan kepada parti.

“Tetapi kena ada tertibnya (mana-mana individu nak memimpin Bersatu), nak lakukan perubahan… tertib kena ada. Tak bermakna setiausaha agung nak gantikan presiden (Muhyiddin) macam itu sahaja, mesti ada formula,” katanya kepada FMT.

Sebelu ini, FMT memetik sumber parti melaporkan Hamzah yang juga Ahli Parlimen Larut dijangka antara calon utama disebut-disebut mengisi kerusi nombor satu Bersatu jika Muhyiddin memutuskan tidak bertanding pada pemilihan akan datang.

Sementara itu, Eddin berkata mana-mana pemimpin perlu berjiwa besar melepaskan jawatan sekiranya tidak lagi mampu memikul tanggungjawab



“Kalau kita memikirkan diri kita saja, dah cuba-cuba tak boleh pergi… kita tak nampak kelemahan kita tapi orang sekeliling kita nampak, kita kena terima hakikatnya itu.”

Bekas pengerusi PN Negeri Sembilan itu berkata Perhimpunan Agung Tahunan Bersatu minggu depan perlu dimanfaatkan sebaiknya oleh kepimpinan tertinggi untuk mendengar pandangan sebenar akar umbi tanpa ada sekatan. FMT

Pimpinan Bersatu perlu diubah – Eddin

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Siti Nordiana guna bomoh dalam GV?

Mahathir jawab berdepan kenapa tak suka Khairy



Suhaimi Saad ditidurkan di ICU

Bogel di surau , pasangan dipenjara



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker