Peguam Negara lantikkan PN nafi dakwaan terhadap Muhyiddin bermotif politik,

 

Peguam Negara Idrus Harun menafikan berlakunya “pendakwaan terpilih, bermotif politik dan penganiayaan terhadap mana-mana individu yang melakukan kesalahan” di bawah undang-undang.

“Keputusan untuk mengenakan pertuduhan terhadap mana-mana orang adalah berdasarkan keterangan dan fakta hasil daripada penyiasatan dan bukan atas desakan oleh mana-mana pihak atau faktor lain.



“Keputusan dibuat dengan adil berdasarkan keterangan dalam kertas siasatan, tidak memihak kepada sesiapa berlandaskan teras integriti bagi memastikan mangsa, saksi, tertuduh dan orang awam memperoleh keaadilan yang sewajarnya selaras dengan bidang kuasa Peguam Negara yang diperuntukkan di bawah Perkara 145 (3) Perlembagaan Persekutuan,” katanya pada satu kenyataan melalui Jabatan Peguam Negara hari ini.

Peruntukan perlembagaan yang disebut kenyataan ini merujuk kuasa budi bicara Peguam Negara untuk membawa, menjalankan atau memberhentikan apa-apa prosiding mengenai suatu kesalahan selain daripada prosiding di Mahkamah Syariah.

Kenyataan Idrus itu, susulan tuduhan beberapa pemimpin kanan PN bahawa kerajaan menggunakan agensi penguatkuasaan untuk menyerang musuh politiknya.

Pengerusi PN merangkap Presiden Bersatu Muhyiddin didakwa di mahkamah atas empat pertuduhan salah guna kuasa dan dua pertuduhan pengubahan wang haram awal hari ini.



Bekas ketua penerangan Bersatu, Wan Saiful Wan Jan sebelum ini pula didakwa menerima rasuah RM6.9 juta dan meminta jumlah yang tidak ditentukan berhubung projek jalan raya RM232 juta yang dikaitkan dengan program itu.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);



KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Perompak dan peraba kemaluan gadis penjual ketum diburu Polis [VIDEO]

Lelaki beri anjing makan roti sapu mentega cuit hati orang ramai [VIDEO]



Pengarah Mentega Terbang menghadap Bukit Aman



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker