PM keluar dari Istana Negara, selesai dari mengadap Agong

Perdana Menteri telah selesai menghadap Yang di-Pertuan Agong  dan dilihat keluar dengan kenderaan rasmi perdana menteri pada jam 4.45 pm

Beliau sekadar melambai kepada petugas media dan berlalu.

Dalam pada itu, tarikh pembubaran Parlimen terus menjadi teka-teki.



Terdahulu, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tiba di Pintu 1 Istana Negara pada jam 3.49 petang Khamis.

Ismail Sabri kelihatan ceria sambil melambai kepada petugas media di pekarangan Pintu 1 Istana Negara.

Mengenai tindakan menteri Perikatan Nasional (PN) membantah Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) diadakan tahun ini, beliau berkata mereka berhak memberikan pandangan masing-masing namun keputusannya tertakluk kepada Yang di-Pertuan Agong.

Pembubaran Parlimen adalah kuasa Yang di-Pertuan Agong yang tidak boleh dicabar dan Seri Paduka mempunyai kuasa budi bicara sepenuhnya berdasarkan Perkara 40(2)(b) Perlembagaan.



Menurut Perkara 40(2)(b) Perlembagaan, Yang di-Pertuan Agong boleh bertindak menurut budi bicara dalam melaksanakan fungsi iaitu tidak memperkenankan permintaan bagi pembubaran Parlimen.

“Jadi siapa sahaja berhak beri pandangan termasuk Perdana Menteri berhak beri pandangan tetapi kuasa pemutus adalah (Yang di-Pertuan) Agong.

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);



KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Isu rumah MRF: Sidang akhbar jadi gelanggang tikam lidah

Kisah A.R. Tompel meninggal akibat kemalangan jalanraya, beri kesan pada P. Ramlee



Gelaran Datuk Seri Mahadi Didakwa Palsu?



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker