Pemuda cekik saudara sendiri, gantung mayat pada paip

Kantar mengaku membunuh Avci kerana mangsa keluar lewat pada waktu malam. – Newsflash

ANKARA – Seorang lelaki di Turki dijatuhi hukuman penjara 30 tahun kerana didapati bersalah mencekik leher saudara perempuannya sehingga mati sebelum menggantung mayat mangsa pada paip gas kerana pulang lewat ke rumah ketika keluar pada waktu malam, lapor akhbar Mirror UK semalam.

Selim Kantar, mengaku bersalah atas pertuduhan membunuh saudara tirinya, Dilsen Avci, 30, di rumah keluarga mereka di daerah Pursaklar, Ankara pada 27 Jun 2020.

Mayat mangsa ditemui dalam keadaan tergantung pada batang paip gas oleh ibunya sendiri.

“Saya akan melakukannya sekali lagi,” kata Kantar semasa perbicaraan mahkamah.

Punca kematian Avci pada awalnya dianggap sebagai bunuh diri.

Bagaimanapun, punca kematian sebenar akhirnya dikesan selepas Kantar sendiri mengaku bahawa dia telah mencekik mangsa dalam sepucuk surat yang dikirimnya dari penjara ketika dihukum untuk jenayah lain.

Dia ditahan sebulan selepas membunuh saudara tirinya dan mengaku melakukan jenayah itu selepas sembilan bulan berada di penjara.

Mahkamah menjatuhi hukuman penjara seumur hidup ke atas Kantar selepas melihat rekod jenayah lampau yang dilakukannya, selain dakwaan bahawa dia tidak menyesali perbuatannya.

Ini bermakna, Kantar hanya boleh dipertimbangkan untuk dibebaskan hanya selepas menjalani hukuman penjara selama 30 tahun. – Agensi

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Isu rumah MRF: Sidang akhbar jadi gelanggang tikam lidah

Kisah A.R. Tompel meninggal akibat kemalangan jalanraya, beri kesan pada P. Ramlee

Gelaran Datuk Seri Mahadi Didakwa Palsu?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker