Tarikh PRU-15: Bahang semakin hari semakin terasa

PETALING JAYA: Spekulasi ta­rikh Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) semakin hangat susulan beberapa perkembangan yang menguatkan kemungkinan pembubaran Parlimen akan berlaku tidak lama lagi.

Debaran mula memuncak apa­bila mesyuarat Majlis Ter­ting­gi (MT) UMNO pada 30 September lalu sepakat memutuskan PRU15 perlu diadakan tahun ini juga.

Menguatkan spekulasi itu apa­bila Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob membatalkan kehadiran dalam Kha­zanah Megatrends Forum (KMF) 2022 di Kuala Lumpur petang semalam.

Sebaliknya, Ismail Sabri me­ngadakan perbincangan dengan Ketua Polis Negara, Peguam Negara dan Suruhanjaya Pilihan Ra­ya selama hampir lima jam mu­lai pukul 11 pagi semalam diperca­yai membincangkan PRU15.

Sementara itu, Menteri di Ja­batan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, Bajet 2023 akan tetap dibentangkan Jumaat ini.

Ini sekali gus memberi petun­juk pembubaran Parlimen ber­kemungkinan besar akan berlaku selepas pembentangan Bajet 2023 oleh Menteri Kewa­ngan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.

Dalam pada itu, spekulasi PRU15 dalam masa terdekat se­makin kuat apa­bila Perdana Men­teri didakwa menghadap Yang di-Pertuan Agong semalam meminta Parlimen dibubarkan.

Bagaimanapun, sumber memberitahu Utusan Malaysia, Istana Negara masih belum menerima sebarang makluman berhubung kunjungan Ismail Sabri. Namun kebiasaannya Perdana Menteri berhubung terus dengan Yang di-Pertuan Agong.

“Perdana Menteri akan deal terus dengan Tuanku, kemudian baru pihaknya diberitahu. Tetapi setakat ini belum ada apa-apa makluman lagi (tentang kunjungan dari Ismail Sabri),” katanya ketika dihubungi, semalam.

Perkara itu juga disahkan menerusi laporan media apabila Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Seri Ahmad Fadil Shamsuddin memaklumkan Seri Paduka Baginda kini masih berada di Singapura.

Namun, timbul pula cakap-cakap ada kemungkinan berlakunya perjumpaan antara Yang di-Pertuan Agong dan Perdana Menteri selepas Seri Paduka Baginda pulang, dipercayai berkaitan pembubaran Parlimen bagi memberi laluan kepada PRU15.

Ura-ura Ismail Sabri untuk memuktamadkan keputusan pimpinan MT UMNO juga semakin kuat berlegar-legar apabila satu Perjumpaan Khas Presiden UMNO dan Perdana Menteri bersama sayap-sayap parti diadakan hari ini.

Perjumpaan tersebut adalah isyarat jelas PRU15 boleh diadakan bila-bila masa kerana hal tersebut dipercayai bagi mendesak diadakan segera pilihan raya umum.

Kemungkinan itu semakin jelas apabila hari pertama persidangan Dewan Rakyat semalam tertumpu kepada kesiapsiagaan agensi kerajaan dalam menghadapi kemungkinan bencana banjir.

Dengan perbincangan berkenaan, isu banjir berkemungkinan dapat diatasi bagi memudahkan perjalanan PRU15 sekiranya pilihan raya diadakan pada tahun ini juga.

PRU15 juga semakin hampir dapat direalisasikan tahun ini apabila Jabatan Meteorologi Malaysia (Met Malaysia) menjangka tiada banjir besar berlaku dari sekarang sehingga awal November kerana negara belum memasuki Monsun Timur Laut.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Isu rumah MRF: Sidang akhbar jadi gelanggang tikam lidah

Kisah A.R. Tompel meninggal akibat kemalangan jalanraya, beri kesan pada P. Ramlee

Gelaran Datuk Seri Mahadi Didakwa Palsu?

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker